Friday, November 6, 2015

Feryal Elak Rambut Gugur

Assalamualaikum

Kepada kawan-kawan semua apa khabar. Sekian lama tidak update and post entry. Bukan tu sahaja. lama tak muncul dalam blog ni disebabkan kekangan aku. Hari ni tiba-tiba datang mimpi nak kongsi satu tips masalah keguguran rambut. Yang mana aku sendiri hadapi sejak setahun yang lepas sehinggalah sekarang.  Tak salah shared sebab aku tahu ada diantara korang hadapi masalah macam ni. 

Mak, kakak yang selalu tegur dekat rumah. Mana taknya. Selalu sangat nampak rambut merata-rata. Tambah-tambah dekat bilik air waktu mandi kalau cuci rambut mesti banyak rambut dekat laluan keluar air tu. Lama-lama aku rasa rambut bahagian depan ni yang menonjul sangat jarang-jarangnya. Mula-mula siap cakap nanti okay la, salah shampoo la. 

Pernah jugak tukar shampoo ni. Aceh-ceh nak pakai bawang ala-ala Jeckie Chan. Yela nak bagi rambut tumbuh. Tapi rambut jadi kejung (Keras) dah la rambut ni banyak baby hair. Jadi tak da perubahan pun aku stop dulu. Than pakai Dove balik walaupun dah tahu kalau pakai Dove rambut akan gugur janji rambut lembut balik.

Minggu lepas kawan office saran nak shared satu produk ni. Mulanya fikir macam membazir tapi dah nekat nak ubat rambut ni bagi tak gugur. Tak kan nak botak. Muda-muda dah tak de rambut. please laa..

Jadi korang boleh cuba Feryal Professional aku beli dengan harga berpatutan time tu dorang buat promosi.

Feryal ni botol dia besar juga. Jadi kalau pakai tak rugi. Kalau korang pakai effect kepada kepala korang rasa sejuk. Macam lepas tuang kepala dengan ais. Jadi rasa macam ada tonic atas kepala ni. Feryal bantu treatment kepala dari macam - macam masalah rambut. Salah satu sebab rambut gugur adalah seperti kelemumur. Jadi lebih prefer korang rujuk web site

kalau korang berada situasi macam ni mesti korang tertekan kan. Jadi sekurang-kurangnya boleh la iktiar nak berubat kepala korang cepat-cepat.
Aku janji Feryal ni boleh membantu masalah jadi lebih baik.




Why Feryal good for me??

Daripada testimoni yang telah dibuat kepada diri sendiri selama 1 minggu. Rambut tak gugur banyak. Selalu kalau lepas mandi dekat sikat tu mesti banyak. Sekarang dah kurang siap boleh kira berapa helai. Rambut jadi macam kuat dekat kepala. Yang bestnye dekat lantai tu tak de rambut gugur. Erm.. Best kan kalau masalah dapat diselesaikan.

So, siapa-siapa yang nak mencuba bolehlah beli daripada ejen Feryal ye. Kalau ada feedback baik korang gi tau aku if kalau la tak baik bagi tahu aku. hee..



thank you for reading this entry !!
See you next entry
:)

Saturday, January 3, 2015

Bila Nak Tinggi


Assalamualaikum

Selamat tahun baru. Ya..ya. Aku kalau bab tahun baru yang pertamanya aku mesti akan fikir tentang umur aku ni. Dah makin tua. Mesti la kan kita ingat umur kita time tahun baru. Ni jadi bila aku tidur rumah sepupu aku. Dia siap cakap “Muni..Muni malam ni tahun baru. Dah tua dah hang kan. Bila nak Tinggi” my respond like this ??? Sebab tu aku balas balik dekat dia. “Kurangjakkkk!!” Itu tandanya aku sedang marah. Hahaha. Jadi aku cakap dekat dia “Bila nak gemok ni. Kesian aku tengok macam orang Somalia tak cukup makan”.

Persoalan demi persoalan yang berlegar dalam kepala otak aku ni. Bila orang duk Tanya tinggi aku. Hello aku bukannya sepises yang ketot dan terlalu rendah. Bila aku pi office aku ada ja orang yang lebih ketot dari aku. Bukan mau menghina. Aku tak cakap orang ketot lagi. Selalunya bila aku tengok diorang aku akan keeling sampai juling janji jangan diorang perasan. Kecuali akak aku yang tengah aku selalu cakap dia gemok. Sorry aku pun jahat jugak. Bukan aku ni baik sangat. Bila datang time jahat aku balas balik.(Hati tak berapa mulia)



Ni kawan aku. Dia tua setahun dari aku. Kami ni dalam ketegori yang comel  a.k.a  pendek. Sebab aku tak kisah aku beri tahu.

Ada kawan-kawan aku yang rendah or ketot seperti aku ni aku selalu panggil comel. Yes, tak dinafikan orang yang rendah semuanya comel.  Jadi apa kata kita ubah sikit untuk gelaran yang gemuk, hitam pulak. Korang rasa sesuai untuk apa?? Kalau yang gemok ni kita panggil baby. Ish macam geli pulak. Yang gelap kita panggil si manis. Baulah diorang tak terasa hati.

Jadi kesimpulan dari sembang-sembang kosong ni boleh mendapatkan idea dan kebaikan kepada korang semua. Jangan selalu melihat orang melalui paras rupa. Walaupun tak cantik seperti model tetapi mereka baik.

Stop Talking about people, Thinks about your self. Assalam.