Wednesday, September 24, 2014

Contoh Colour Blocking

Hai semua. okay baru-baru ni ada salah satu entry Ierah buat macam mana nak nak pilih colour blocking kan. Boleh rujuk Entry ni SINI 
Mungkin ada yang kurang jelas dengan contoh diberi. 
Dekat sini ada contoh yang jelas dengan macam mana nak pilih. Simple je. Jom tengok ye..
Complementary atau nak senang dikenali 2 warna yang harmoni.

Analogous merupakan warna yang seakan - akan tetapi kena ambil tiga warna sahaja. Daripada warna yang perlahan kepada yang terang.


Split-Complementary warna yang  sama kepada complementry tetapi salah satu hujung tanda dibahagi kepada dua. Warna Split Complementary kelihatan lebih menyerlah.



Triadic kombinasi warna segitiga di dalam roda. Kalau kita tengok warna seperti klasik.


Selamat berkongsi idea ..^_^

Sunday, September 21, 2014

ISTIQAMAH - Mengapa Susah Mencapainya.

Apakah itu istiqamah?

Pernahkah anda ingin berubah kepada sesuatu yang baik tetapi tidak tercapai ataupun susah?

Daripada Aisyah r.a, Nabi SAW bersabda : “Wahai manusia lakukan amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Sebenarnya sekarang nak berubah menjadi lebih baik tepi ada ja halangan yang datang. Semuanya datang dari hati ni. Pendirian tidak tetap. Bila dah start pakai baju yang tak fit esok lusa mesti teringin nak pakai baju yang fit. Sebab bila pergi kerja pakai sopan-sopan bila luar kerja nak berfesyen. Susah kan nak tetap pendirian.


Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu. Ianya bukan mudah dilakukan, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian.

Ini bukan saya.. kihkih


Contoh dari saya sendiri, bila dah pakai baju yang sempurna ada sahaja mulut yang akan cakap “awatlah alam sangat hari ni”.. “labuhnya tudung”. Jadi dalam hati ni mesti ada rasa segan malu tak bertempat walaupun dah buat baik.


Firman Allah swt.


“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetapi teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan member ilham) : “ Jangan kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”


“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diinginkann oleh nafsu kamu serta kamu akan beroleh pada apa yang kamu cita-citakan mmendapatkan. (Pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan tidak ada amalan yang soleh sambil berkata “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)

(Suruh Fussilat ayat 30-33)


Jadi sesiapa yang ingin berubah janganlah terlalu memaksa diri. Mula secara perlahan-lahan. Sebab banyak cabaran yang berada di sekeliling anda. Jadi sabar ye semua. Semua Istiqamah anda diterima Allah swt.