Wednesday, September 14, 2016

Turn 25 Years Old

Assalamualaikum.w.b.t


Selamat hari raya Aidil Adha untuk silent reader. Alhamdulillah Kak Mun nak gi tahu yang kite dah 25 tahun. Dalam usia macam ni mesti ada yang dah kawin anak berderek. hehe. Untuk mereka yang berjaya Alhamdulillah. Kalau tak berjaya jangan susah mesti ada yang berjaya dalam sesuatu tetapi kita tak nampak. Walaupun sekecil zahrah. Contohnya korang baik dalam keluarga, bagi keluarga bahagian tu pun satu kejayaan dunia akhirat. Kau susah mana pun kalau kau selalu beribadah tu pun kejayaan diri sendiri. Jadi bersyukur ye.




Sebab apa Kak Mun cakap macam tu. Sebab ada sesetengah kaya, senang, cantik pun tak bahagia. (Faham tau. Maksud Kak Mun, Tak semua. Sebagai contoh). #biasalah orang sekarang kena cakap bagi jelas nanti kena hentam.


Bagi Kak Mun sekarang semua dah dapat nak cakap susah tak. Biasa-biasa je. Sejak dah tukar depatment dapat kawan-kawan sekepala. Sebelum ni pun best. Tapi boleh rasa berbeza sikit. Sebab kawan yang sini semua perempuan. Sekepala. Dah macam adik beradik.


Diorang ada buat suprise before cuti raya Aidil Adha. Memang terkejut. selalu buat suprise dekat kawan-kawan. Tapi diorang cakap tiap kali nak buat mesti orang tu lepak tempat bilik makan tu. Terima kasih banyak-banyak dekat Nurul, Kak cyla, Kak Nadrah dan faiz. Sebab usaha nak buat walaupun dipaksa buat lakonan semula. Tah apa-apa kan.

video

Kalau korang nak tahu vedio ni di ulang tayang. Waktu tu kawan kak panggil whatsapp ada benda nak tanya. Jadi kak malas nak balik ke tempat nak lepak-lepak dekat meja Nurul. Duk sembang-sembang tiba-tiba nurul panggil. 

Nurul : Kak mun boleh tak betulkan tudung dekat dalam bilik ni.
Aku : Amboi sebelum ni pakai tudung pandai je. Ni dah kenapa. Totorial dah abis ka.
Nurul :  Datang jela, Nurul dari tadi susah betulkan tudung.


Kak Mun pergi jela. Bila buka pintu Kak Nad masuk. Tapi Kak Mun duk membebel lagi. Tapi macam pelik sebab ada kek atas meja. Tiba-tiba diorang surprise seriously terkejut. Lepas tu Nurul cakap

 "alaaaaa lupa nak rakam. Kak mun, keluar bali"

 Korang rasa apa time tu. Tah apa-apa. Baru je nak menangis air mata gembira dia buat lawak bodoh pulak. Apa lagi buat la lakonan tu. Hahaha


Apa-apa pun. Memang terkejut and thanks are lot dekat adik-adik and akak-akak. sebab buat surprise dekat den. Love you.


Tuesday, September 6, 2016

Bukit Kutu Bersama Jalur Gemilang

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah for new entry ni nak kongsi pengalaman ke 2 hiking bersama hikers  yang semangat benar nak kibarkan jalur gemilang di puncak Bukit Kutu. Peluang yang dapat ni pun bukan nak jangka sebab orang yang ajak. Jadi nak cuba yang terbaik dengan kawan -kawan yang lain.

Sesiapa yang membaca entri ni mohon jangan termuntah sebab ada banyak gambar yang nak shared bagi menaikkan semangat sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam pendakian.

3.30 pagi yang dijanjikan untuk berkumpul. Hahaha .. Tapi hanya janji. Korang boleh baca cerita tentang pagi buta ni dekat blog kawan ( Nazri Subri ) aku sendiri. Tak patut dia cakap kami Charlie's Angle sebenarnya Kak Ton la Charlie's Angle sebab dia datang denga Jerry a.k.a Zainal. Sebab kami bertolak dalam jam 4.20 pagi bergerak ke Kuala Kubu Baru. Dengan hobi suka tido jadi masuk dalam kereta tido bagi mermafaatkan masa yang ada kami tiba dalam 5.50 pagi then terus menunaikan solat berdekatan lokasi pendakian. 


Singgah kedai mamak berdekatan. Makan apa yang patut. Kalau korang ada yang tak sanggup kan makan berat-berat. Tapi hati ni je yang tahu. Malasnya nak bawa makanan naik atas bukit. Ya ampun memberatkan beg sendiri. Jadi sediakan air je lebih. Tapi salute akak-akak hiker siap bawa bekal dari rumah. So tak jadi masalah dekat diorang dengan beban yang diorang bawak.


sambil tunggu oder. Curi gambar diorang ni. Serius habaq hang. haha. Kedai ni berdekatan dengan 



Starting pendakian haruslah welfie dulu.

Kebanyakkan tempat kami berenti sebab ada benda yang tak diduga. Muka redha. Haha. Sangat letih. Ada yang nak yeyak pun ada. haha

.
.

Berehat metaa..



Hok ni kesian. Sakit perut. Nak tau cerita lebih lanjut baca blog Nazri Subri




Sesiapa yang pernah naik ke Bukit Kutu. Anda akan jumpa satu batu yang sangat-sangat besar. Bila sampai tu. Mesti cakap .. "WAAHH BESARNYA BATU" okey dekat check point 5 Bukit Tedung korang akan jumpa batu ni.

Hampir sampai ke destinasi puncak CP9 kami akan berjumpa dengan Chimny. Mula-mula tak faham apa la duk cimi-cimi. Bunyi macam comel. Macam jelly ja. Hahahax.


Ha... itu la chimny ala jelly yang aku cakap tadi. (Jelly sangat)

Nazri awat lagu tu. Tak mo..tak mo.. Molek sikit.

Sementara nak tunggu naik atas batu yang ramai sangat duk beratur hujan pulak. Dalam hati fikir macam-macam nak naik ke tak. risau keselamatan diri lagi. Tapi hati ni nak naik jugak.

.
.

Ramai ni tengah tunggu turn nak naik atas batu tu. Mendung pulak nak hujan.
.
.


Jadi kepada siapa yang suka nak guna go pro then nak dapat view yang cantik boleh naik ke atas. Seriously mengucap awal-awal. Risau jadi apa-apa. (Jangan seronok) #mohon

Ada orang cakap kite riak naik atas. dia tak tau tu yang duduk bersila dia nak bermalam atas batu.

Yeah!! berjaya ke puncak dengan gediknya.



Seperti yang dikatakan kalau muat atas batu tu boleh sampai 10 orang naik tapi kami tak nak naya diri. Risau apa-apa berlau kena bahagi dua kumpulan naik ke atas.


Seriously, gambar Halimi memang cantik. Puji dekat sini ja. Den tau dia buka suka baca benda-benda ni.

Lepas tu kami bergerak ke lokasi berdekatan yang dimana terdapat sisa banglo peninggalan british.

Sekitar banglo peninggalan british


.
.

;) ;)


Malam-malam seram ni..
.
.

:)
.
.
Alhamdulillah dalam sekitar 4 lebih kami tiba di kaki bukit. Sebenarnya cuaca tidak baik sebab sekejap hujan sekejap tidak. Tapi dipermudahkan sampai juga dengan selamat. Best sangat nak cakap. 

Bila ke office bercerita je tentang hiking. Sampai ada tanya Broga pernah naik tak. Jawab jela "tak, kenapa" Yang rendah tak naik nak naik yang tinggi. Apa daaa..

Thanks for reading.... muah cikit :*