Monday, December 9, 2013

Cara pemakaian selendang mengikut jenis muka

Uols suka berfashion, mesti ada dan mesti tak kan. Ada sesetengah orang gemarkan benda yang “simple but nice’’. Ada juga yang “over fashion” so hari ni Ierah nak bagi tips untuk perempuan sahaja tau dalam memilih dan menggayakan pemakaian hijab (tudung) seperti selendang supaya bersesuaian dengan bentuk muka si pemakai.
          Jika nak tahu muka terdiri dari beberapa bentuk yang menjadi impak kepada pemakai tudung jika tersalah pakai. Ciri-ciri muka ada 9. Itu yang Ierah tahu, kalau ada contoh yang lain boleh korang bagitau dekat Ierah.
………………………………………..
Bujur, Bulat, panjang, Tigasegi keatas, Tigasegi kebawah, Segi Empat Tepat, Segi Empat Sama, “LOVE”, & “DIAMOND. Percaya atau tidak kita lihat ye.

Bentuk wajah anda
Bentuk wajah bujur

Wajah bujur yang sesuai dipadankan dengan pelbagai tudung
Sesiapa yang mempunyai bentuk sebergini sangat bertuah kerana hampir semua jenis selendang diinginkan untuk penampilan menarik.

Bentuk wajah bulat


Yatt Hamzah
Mereka yang berwajah bulat atau tembam biasanya berisi dibahagian pipi perlu berhati-hati dalam memilih tudung dan cara lilitan selendang. Jika memilih tudung sengkuap, pastikan jahitan sengkuap panjang sehingga hampir ke tulang rahang pipi.
          Tudung dengan sengkuap pendek tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan pipi yang tembam. Jika ingin menggayakan selendang, pastikan ia tidak dipakai terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk muka yang bulat dengan jelas.
          Sebaliknya, pakai sedikit longgar dan lipat dibahagian bawah tudung berdekatan tulang rahang pipi supaya beentuk wajah Nampak bujur. Bentukkan sedikit bahagian atas selendang dan pastikan ia tidak melekap pada dahi.

Bentuk wajah panjang

Suka tengak Irma Hasmie
Jika bijak menyembunyikan kelemahan bentuk wajah ini ada yang akan menyangka kita memiliki wajah bujur.
          Bentuk wajah yang panjang boleh ditutup dengan memberi fokus pada bahagian atas tudung. Bahagian atas tudung memain peranan penting bagi menukar bentuk wajah pajang seperti bujur.
          Cara paling mudah adalah dengan memakai tudung bahagian dalam atau jenis tudung yang melekap dan menutup dahi supaya bahagian berkenaan tidak kelihatan terlalu luas.
          Tidak menutup bahagian pipi dengan penuh kerana ia memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik sedikit tudung kebelakang hingga di bawah tulang rahang pipi untuk membantu menyembunyikan bentuk sebenar wajah.

Bentuk wajah petak
Wardina Safiyyah
Ia menonjolkan bahagian pangkal rahang dan tulang rahang yang lebih lebar manakala kawasan dagu tampak rata. Elak memakai selendang yang menampilkan dahi luas seperti selendang ala serban kerana kawasan tulang rahang yang bersegi akan jelas kelihatan.
Mereka disarankan untuk memakai selendang kerana cara ini mampu menyembunyikan bentuk rahang yang bersegi.

Bentuk wajah segitiga
Fozieah Gous tiga segi yeke. Haha Tapi dia cantik
Memiliki dagu yang panjang, ditambah pulak dengan jarak pelapis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.
          Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah  kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan sebelum menggunakan anak tudung seperti “hairnet”. Bagi bahagian alis terangkat menggunakan bahagian alis terangkat gunakan “headband” sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Gaya selendang harus menjurus ke gaya pintalan atau gaya lebih sesuai kerana dapat membuat rahang tampak lebih terbuka.

27 comments:

  1. Hahahahah lawak sikit sebab ada muka petak, bulat, tiga segi heheehehehehhe
    qila punya muka lebar bulat well GEMUK T_T
    tp tak tahu lah. Mcm pelik ah bila qila pakai selendang T_T
    everything looks ugly on meeeeeeeee :(((

    but thanks kak ierah :DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala. nape nak sedih. Akeyla tahu tak sesiapa yang pakai tudung semuanya cantik. dik tak ugly la..

      Delete
  2. Muka lonjong ada tak? Hehehehe... Apa pun nice info for girl.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. awak tahu macam mane muka lonjong?? saya pun tak dapat nak imaging. .

      Delete
  3. wah, hhe muka saya bulat, mekasih for da sharing ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakinah boleh tengok yatt macam mana nak menggayakan selendang.

      Delete
  4. saya tak tau saya punya yang mana
    anyway, thanks for this :D

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tips ni bagus sangat. Thanks for info

    ReplyDelete
  7. Paling susah nak cari pemakaian tudung yg elok , tambah bentuk muka mcm saya nie πŸ˜‚ muka bulat nd dagu tajam

    ReplyDelete
  8. Paling susah nak cari pemakaian tudung yg elok , tambah bentuk muka mcm saya nie πŸ˜‚ muka bulat nd dagu tajam

    ReplyDelete