Monday, April 28, 2014

Shawl Butterfly Look Like Fareeda


Assalamualaikum.

Hai semua.. Sorry sangat-sangat curi time korang semua ye. Ingat tak tahun lepas Ierah ada buat totorial tudung bawal Ala-ala kupu-kupu.. Tak sangka pulak sekarang dah famus bila seorang blogger yang cute tu post totorial bawal ala-ala fareedah tu yang sama macam Ierah buat tahun lepas. Ierah dapat tahu pun melalui blogger terkenal Beautifulnara. So, mesti uols dah cuba kan..
Good ^_^.

Apa-apa pun untuk kali ini Ierah buat totorial tapi bukan ala-ala faredah sebab sebelum ni dah guna nama kupu-kupu kan.. (mungkin tak glemorrr) tak pe janji dapat kongsi dengan korang semua. Yang ni untuk tudung shawl pulak tau...

Shawl ala-ala Butterfly


Step 1 : Gunakan shawl haft moon. Coz bila pakai terletak lebih cantik. Jika anda selesa melipat dibahagian depan tudung boleh la lipat macam Ierah. Kalau tak buat macam biasa sahaja ye..



Step 2 : Pastikan tudung berada terletak dibahagian tengah dan samakan setiap hujung tudung anda.


Step 3 : Pin kan tudung anda.


Step 4 : carikan pin yang bersesuaian (Cantik or besar )


Step 5 : Mulakan dari bawah tudung buat lipatan (zip-zet) sehingga di tengah tudung. Tidak terlalu atas. Ini boleh menyebabkan tudung anda menjadi senteng.


Step 6 : Pin di tengah-tengah lipatan yang telah disusunkan.


Step 7 : Pin kan di kedua-dua sisi bahu anda supaya tudung terletak dengan lebih kemas.




Hasilnya : kan…. Dah siap. Nampak kemas. So apa lagi cuba la. Senang je kan. Anda digalakkan memakai tudung yang tidak jarang ye… supaya tidak menampakkan leher anda or pakai inner di bahagian dalam.

SELAMAT MENCUBA SEMUA 
^_^

p/s : Link ini boleh dikongsi ye...

Saturday, April 26, 2014

Sentuhan Karya Siti Rosmizah Part 1

Assalamualaikum.

Siapa yang tak kenal dengan penulis Siti Rosmizah. Kepada sesiapa yang gemar baca novel mesti sudah mengenali beliau walaupun ada yang tak pernah berjumpa penulis tersebut. Kalau nak tahu Ierah merupakan peminat setia bagi penulis ni. Walaupun tahk pernah jumpa. Huhu. Bagi Ierah apa yang menyebabkan sangat sampai Ierah memilih beliau sebagai penulis favorite adalah sentuhan yang diberi di dalam penulisanya sehingga dapat memberi kesan kepada pembaca. Jangan salah anggap pulak. Ierah tak cakap yang karya penulis lain not bad. Banyak yang best. NurHayati Ibarahim, Ramli Awang Mursik, Aisyah Sofia banyak la. Mereka pun penulis terbaik.


First apa yang Ierah suka dengan karya Siti Rosmizah ni :-
Jalan cerita yang tak mendatar atau melerek. Jadi banyak idea yang memberi impact kepada pembaca nak teruskan membaca. Macam ni je korang akan cakap ape ye nak jadi lepas ni..ish cepat la abisss.. cerita dia pun bersangkut dengan emosi pembaca.. suka, sedih, marah nak tergelak sampai tergolek – golek.. ke aku sorang je yang macam tu.

Ierah akan sediakan sinopsis dan lagu yang ada dalam novel tu ye..


Novel Andai Itu Takdirnya

Memang first novel yang Ierah baca. Sedih sangat citenye. Dah rasa time tu hilang laki je. Hahahax. Agak melampau ye.



Sinopsis


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."(less)


Cinta Embun Pagi - Azean Mazwan Safuan





Novel Cinta Kau dan Aku

Novel ni dah ada drama dalam tv tahun 2013. Kalau korang tengok la ye..




Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang.

Bibit - bibit itulah membuat Faish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish.


Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran.


Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya. Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.


Cinta Kau Dan Aku




Romance - Ku Ingin Kamu


Nora - Renungan Terakhir



Kalau korang ada yang dah baca mesti tahu kan cite ni memang best. Okey ape-ape pun tak SELAMAT MEMBACA ^_^

Friday, April 25, 2014

Wajah Baru Kepada Kawan Baru





 Nak cite lama dah, blog saya dah tukar design baru. Tapi baru lagi la ye… Ingat nak tukar time tahun baru hari tu tapi tak kesampaian. Tapi Alhamdulillah siap jugak blog ni. Jadi sape-sape yang nak rasa nak tukar design blog yang baru Ierah nak shared dekat mana Ierah tempah.

Full design RM30
Header RM10
Banner RM10

Thanks CIK JM coz banyak membantu Ierah. Layan kerenah Ierah ni nak tu la nak ni la.. bila dah design siap dah macam satu perpisahan je. Huhu. Apa-apa pun thanks are lot…
Kepada kawan-kawan baru yang lama or baru dalam blog boleh la follow Ierah di sini yep..



TINGGALKAN LINK ANDA DI COMMENT SUPAYA IERAH DAPAT FOLLOW BACK

Salam Perkenalan Semua. : )

Sunday, April 20, 2014

Kurung Milla Jirin


Kepada yang membaca post ni Ierah nak perkenalkan koleksi Milla yang semakin popular sekarang ni.. Jadi dah tinggal beberapa bulan lagi nak dekat puasa dan nak beraya Milla telah perkenalkan baju keluaran beliau. Memang cantik dan harga pun boleh tahan. Tak terlalu mahal dan mampu untuk membeli. Jadi nak shared SANGAT-SANGAT NI!!!

Korang semua boleh ushaa dulu keluaran yang Ierah tunjukkan jika korang berkenan korang boleh dapatkan terus melalui FINA. Okey, dia bekalkan baju kurung keluaran Milla. Tak rugi kalau nak belinye. Coz memang berbaloi la.. Dapatkan SEKARANG!!!

BAJU KURUNG MODEN SAWDAN








Saiz : XS-XXL
Material : High Quality Lycra. 
(tidak melekat dibadan dan ianya BUKAN SEPERTI MATERIAL JERSEY) dan ianya Strechable.
Harga :RM 100

Stock amatlah limited kerana ianya adalah stok percubaan Kod : SW 01 Size : XS/S , M/L, XL/XXL (STREACHABLE) HARGA : RM 100 Free Shipping (Malaysia)

XS/S 
Bahu : 35 CM / 14' 
Dada (ukur lilit) : 90 CM / 32' 
Panjang Tangan : 59 CM 
Pergelangan Tangan : 21 CM 
Panjang Baju : 81 CM 
Pinggang Kain: 24 CM-42 CM 
Panjang Kain : 101 CM


M/L
Bahu : 40 CM / 16' 
Dada (ukur lilit) : 96 CM / 38' 
Panjang Tangan : 60 CM 
Pergelangan Tangan : 21 CM 
Panjang Baju : 87 CM 
Pinggang Kain: 28 CM-49 CM 
Panjang Kain : 107 CM


XL/XXL
Bahu : 44 CM / 18' 
Dada (ukur lilit) : 112 CM / 45' 
Panjang Tangan : 65 CM 
Pergelangan Tangan : 22 CM 
Panjang Baju : 89 CM 
Pinggang Kain: 32 CM- 55 CM 
Panjang Kain : 106 CM

BAJU DAILY KURUNG
























Baju kurung Daily ni pun ukurang yang sama jugak. Tapi harga yang lain..

Saiz : XS-XXL
Material : High QualityCotton. 

Harga :RM 65
 Stock amatlah limited kerana ianya adalah stok percubaan Kod : SW 01 Size : XS/S , M/L, XL/XXL (STREACHABLE) HARGA : RM 100 Free Shipping (Malaysia)


Jadi kalau berminat bolehlaaaa PM

FINA : 0169585648 (Whatsapps)

Selamat Bershopping ye kawan-kawan.

Friday, April 18, 2014

Lost Weight with FreeLetics

Assalamualaikum Wbt.


All My Friends :) Hari ni nak kongsi satu tips bagaimana nak bagi kurus, badan cantik dan turunkan berat badan. For this entry, Saya nak shared satu senaman  yang dapat membantu anda menguruskan dan mencantikkan badan uols..



Apa itu Freeletics?

Ianya merupakan senaman yang menggunakan seluruh tubuh badan dan juga menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman telah Berjaya melakukan perubahan bentuk badan dengan menggunakan freeletics. Ia sesuai dilakukan untuk semua golongan muda mahupun tua.




Freeletics Kuala Lumpur team telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan melularkan ke seluruh Malaysia pada awal 2014. Tujuan penubuhan kumpulan untuk bersenam secara kelompok berkumpulan.
Routine beginner ini dicipta sendiri oleh Amirul Agam, khas untuk mereka yang baru mencuba senaman freeletics. Routine ini sesuai dilakukan untuk semua golongan untuk menguji tahap stamina dan kecergasan diri masing-masing. Lakukan routine ini selama sebulan sehingga stamina dalam keadaan baik sebelum menempuh cabaran 15 minggu bersama freeletics.


APA YANG DIPERLUKAN UNTUK BERUBAH
Semangat
Motivasi
Negatif dan positif
Target

Jadi korang yang baru nak mula start boleh la buat yang ni dulu, coznye kalau buat yang teruk-teruk takut berlaku kecederaan otot. Erm.. sakit tau.



Routine cardio Freeletics for beginner
Burpees (10x / 10 / 10x)
Squat (10x / 10 / 10x)
Lunges (10x / 10 / 10)
Climbers (10x / 10 / 10x)
High knees / Jumps (10x / 10 /10x)


ABS Workout Freeletics For Beginner
Sit Up
10X
20X
10X
20X
*Rehat 1 minit setiap satu sesi ulangan


Lakukan senaman cardio dan abs ini setiap hari untuk minggu pertama dan kedua atau untuk mereka yang masih belum mendapatkan stamina yang baik lakukan selama sebulan 6 hari dalam seminggu habiskan setiap sesi untuk keputusan yang baik.


Hye Guy.. if korang susah nak follow step dia. Dekat sini saya dah sertakan satu video daripada Amirul Agam bagi permulaan freeletics yang korang boleh ikut.


SMART DIET + GOOD WORKOUT = BEST RESULT
Guide Line For Cardio and ABS Beginner
Monday – Saturday – Cardio And ABS Workout
Sunday – Rest day


Jadi ape lagi try la senaman di. Hasilnya amat berkesan sure la takde jaminan pampasan. Hahahax!
Kalau korang rajin boleh la follow or Add..

INSTAGRAM : Amirul Agam / Freeletics Malaysia
FACEBOOK : Freeleticsworkoutmalaysiateam

** Page ini boleh di shared ^_^

Monday, April 14, 2014

Loveu Bawal Aidijuma

Assalamualaikum :)


Sekarang ni kalau uols mana-mana mesti perasan banyak ya girl-girl yang suka menggayakan tudung dengan macam-macam trend. Ada yang ringkas ada yang suka belit-belit. Kalau Uols nak tahu Ierah penggemar tudung bawal. Tapi bukanye tertabsub gila-gila tu. Bagi Ierah satu je. Ringkas dan cepat. Yang ni bukan bermakna tak suka selendang. Ierah pakai shawl time tertentu saje. Janji shawl tu padan dengan baju dan selesa nak digunakan.


Persoalan bila sebut tentang tudung bawal korang akan ingat satu jenama AIDIJUMA. Yes, memang jenama ni yang ada dalam fikiran korang sekarang. Kalau nak tahu Ierah salah seorang yang suka berebut-rebut membeli dalam online AIDIJUMA. Kalau soldout mesti nak mengamuk je. Besala benda HOT dalam market. Sape yang taknak. Dan semestinya anda salah satu seperti saya. HAHAHAX!


Bawal AIDIJUMA merupakan pencetusnya idea Datin Nurjuma. Yang semestinya beliau seorang yang gemar memakai tudung bawal. Ierah suka tengok dia. Coz cantik sangat, kalau pakai ape pun cantik dimata. Jadi banyak idea yang dia buat bagi sesiapa yang suka pakai bawal ni. Korang juga boleh kongsi idea dengan beliau.





Jenis kain cotton yang digunakan … amat selesa dan lembut je kalau guna. Kalau korang pakai elok je ikut muka. Takde nak terlepek or jatuh tudung tu and korang takpayah nak tiup-tiup dekat keatas. Kain AIDIJUMA tak keras pun.dan tak terlalu nipis.


Terdapat tiga ketegori untuk tudung bawal AIDIJUMA ni Black Lable, Red Lable dan White Lable. Black lable kalau dalam online harga nye RM49, Red Lable RM49 kadang-kadang RM35 mengikut semasa dan White lable yang paling laris RM10. Murah kan…
Type Black lable ni boleh dipakai kedua-dua bahagian tudung. Kalau tak suka corak depan boleh pakai corak belakang. Sebab tu dia cantik dan mahal sikit.



Alahai cantiknye Datin. Haa.. kite suka yang ni. Tapi tak sempat nak beli g..


Keluaran Black Lable

Brown Kerawang
Lilac Blue
F1
Lips
Army
Black & White
Big Flower
Kerawang Bouqet
Blue Star
Chinese New Year
Daisy Roses
Emerald Green
Loveu
Owl
Songket



Keluaran Red Lable

Fun Love
Gold Terqoise


Yang bunga daisy ni keluaran terbaru buat masa sekarang dan bukan masa akan datang la. Memang ramai yang berebut yang patten ni.. Mau jam internet.


Keluaran White Lable

WL Heksagon
WL Daisy
WL Abstract
WL Bow
WL Bunga Tulip
WL Mozek
WL Water Drops


AIDIJUMA

Instagram : @aidijuma


Salah satu store AIDIJUMA
Bukit Jelutong No,30 Jalan Astaka U8/84A, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam, Selangor.
Kalau nak tahu mana lagi Store dia korang boleh KLIK SINI

Cara Pemakaian Bawal Aidijuma



Senang kan. Tak susah mana pun kalau nak pakai tudung bawal..

CARA LAIN : 1, 2



Description :-

Mission
We believe that LESS IS MORE.
Here, our mission is to design head covers that are SIMPLE, UNIQUE & TRENDY. Norjuma Habib Mohamed is the person who sparks the ideas for all of our designs