Monday, October 24, 2016

Meriahnya Bukit Broga

Assalammualaikum.


Sekian lama nak cerita tercapailah hasrat sis nak mendaki Bukit Broga Semenyih. Selama sis bekerja di Putrajaya. Memang berhasrat nak naik Bukit Broga. Since, starting kerja 2013. Tapi dengar pasal Bukit Broga ni dari tahun 2014. Walaupun member ajak naik. Memang ada niat nak naik. 


Hilang Segala Rasa..


Tapi banyak pulak problem. Kejap nak balik kampung, kejap nak pegi sana. Kejap nak pegi sini. Until awal tahun 2016 tahun ni tak pergi. Hinggalah join hiking Kelab Kementerian hiking ke Gunung Nuang, then ke Bukit Kutu. Tak pergi-pergi Bukit Broga.


Sampailah sekarang berkawan dengan orang yang minat berhiking. Alhamdulillah berjaya juga naik ke Bukit Broga minggu lepas. (15 Oktober 2016).


Ni kira gambar perjalanan nak pergi.

Memang planning nak gerak awal and nak tengok matahari terbit. Tak kisah la macam mana kan. Set time dengan member nak naik pukul 6.00 pagi. Solat dekat masjid dekat Semenyih tu. Tapi ape nak cakap bila selalunya semua tu janji melayu. Memang bangun lewat dalam pukul 4.45 pagi kemudian ambil Kak Syai terus ke rumah Aimie. Tapi dah ntukar palnning. Solat rumah Aimie terus sebab dah azan subuh. Betul jugak kan. Sebab dah subuh. Kalau lengah-lengah mesti kelam-kabut. 


Time ni nak cakap cepat ke lambat pun tak boleh sebab jalan jem. Matahari dah naik.

Dalam jam 5.30 pagi baru gerak. Sebab sis dengar dari Putrajaya ke Semenyih 45 minit. Jadi bila sampai lupa nak beli air. Singgah ke Petronas berdekatan dengan Broga. Seriously, sis ingat kan Bukit Broga tu nama bukit. Tapi Broga adalah nama tempat.

Kau rasa ada tak banyak parking???




Apa yang buat sis terkejut. terlalu ramai orang nak daki Bukit Broga. Kalau perhatikan car park totally full. Macam ada konset besar-besaran. Sapa-sapa yang pernah naik mesti tahu. Siap cakap "Makk aii. Ramainya. Ada Jom Heboh ka". Siap diorang cakap ada KFC dekat atas tu.


Time nak cari parking kena charge 3 ringgit. Dalam hati cakap. Ala uncle cina ni takut pokok kelapa sawit dia mati la tu. Sebenarnya dah tua dah pokok tu. Dapat parking dalam pukul 6.50. Kau rasa apa?? Matahari terbit dah terang menerang. Haha.


Dalam 6.55 pagi baru starting pendakian kami. Ramai sangat tak tercakap. sampai kena beratur nak naik atas. jangka masa 45 minit nak sampai puncak abis-abis 1 jam baru sampai puncak. Kau rasa apa???




Kalau korang nak tahu. Memang ada kejadia time pendakian kami. Bila pendaki yang turun berlari-lari sehinggalah tak dapat nak kawal larian jatuh bawah bukit. Tapi selamat. Tapi sis hangin la boleh pulak kawan-kawan dia gelak. Kau ingat lawak. Serendah rendah bukit tu kalau ada pokok yang tajam ke dekat kawan kau tu. Kau nak baca yassin dekat situ. Sumpah sis tak nak join naik Bukit Broga.


Kemudian kami daki macam biasa sampailah ke tanah yang landai. Memang matahari dah naik. Sis siap cakap "Tak sabar-sabar nak tunggu matahari terbenam". Kawan-kawan gelak la. Kau larat ke nak tunggu sampai senja. Memang tak la. Baru sis perasan ada ramai pendaki siap bawak anak-anak kecil lagi. Bukan tu je ada yang bawak baby kendong dekat belakang. Haha. Nak cakap ape. Memang Semangat kekeluargaan. Yang paling lawak ada pelancong tu datang pakai jubah. Yang ni sis solute gila. sebab dia kena panjat batu yang perlu kau kangkang nak naik ke atas. 




Akihrnya sampai juga sis ke puncak yang pertama dan puncak yang kedua.  Ketinggian puncak 400 meter. Siapa yang baru nak mula berjinak berhiking boleh cuba naik ni. Alah sis sendiri duduk dekat Bukit Laru, Taiping pun tak pernah sampai ke puncak. Haha.



Ni sempat lagi buat soaring Upwards




Kemudia kami gerak turun dari Puncak Bukit Broga. Dalam jam 9.48 pagi kami sampai ke kaki bukit. Ape yang sis nak bagi tahu. Bawah kaki bukit ada la beberapa kedai jual air. Memang laris la sapa-sapa yang niga situ. haha. Boleh la try minum air kelapa. Sedap. Sebab tengah dahaga.


Kemudian kami singgah makan tengah hari di kedai Warung Kita. Okey, lokasi terletak di Kajang. Memang santai. Ape yang sedap. Air kelapa baldi. Memang minum dalam baldi. Besar jugak. Sis pun tak dapat abiskan.


Apa yang perlu diingatkan. Sis sendiri seronok sebab hajat dari dulu nak naik Broga tercapai. Tapi kalau korang ajak. Memang tak nak pi. Haha. Sebab ramai sangat. I tak suka ramai-ramai. Haha.


Okey. Jumpa next entry.
Assalammualaikum.

Tuesday, October 18, 2016

Resepi Mudah Kuih Keria

Assalamualaikum :)


Hari ni sis nak shared macam mana nak buat kuih keria bagi sapa-sapa yang first time nak buat.
Tak susah pun.

Senarai bahan yang perlu disediakan :

Jumlah Hidangan : 24 biji

Bahan - Bahan:

600g Keledek putih, merah atau ungu
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Serebuk Penaik -  Nak bubuh pun boleh. Hanya secubit

Bahan untuk sira:

1/2 cawan gula
1 cawan gula



Firstly, basuh terlebih dahulu ubi keledek dan rebus rehingga ubi menjadi lembut. Sis sarankan tak perlu kupas pun tak apa. Sebab nanti nak buang kulit senang sangat.

Masukkan sedikit garam ketika merebus ubi keledek.


Sis saja guna ubi keledek warna purple. Selalunya orang guna warna oren kan. Kali ni kia try lain daripada yang lain. Takpe sama je. akhir-akhir jadi cok keria.





Lenyekkan sehingga hancur.



Yang ni tak wajib bubuh. Kalau gatai macam sis boleh cuba. Kot-kot kembang besar pinggan. (Mohon jangan percaya)



Masukkan tepung gandung. Gaulkan sekali. Jangan terlalu banyak. Nanti kuih menjadi keras. Gaulkan sehingga ubi tidak terlalu melekat di tangan.


Yang ni setelah selesai diuli. Selepas itu bentukkan menjadi bulat. ikut sebesar mana kuih yang kita nak buat.


Comelkan. Yang ni kecil je sis buat sebab sis buat semata-mata nak merasa jadi ke tidak warna purple.


Kemudian goreng seperti biasa.Jangan buka api terlalu kuat. Risau hitam kuih korang.




Selepas digoreng. Haa. jangan terkejut warna hitam. Kan sis guna ubi purple

Salutkan dengan gula


Kemudian sediakan satu kuali. Masukkan gula di dalam kuali dan sedikit. Korang kena pastikan gula mesti melebihi daripada air. Kalau kurang gula akan bertukar menjadi gula hangus. 
........................
Pastikan anda masukkan adunan yang siap kedalam kuali dan pastikan sentiasa gaulkan sekali. jagan biarkan tidak bergaul. Jika tidak digaul. gula berkemungkinan akan cair menjadi gula hangus.


Okey dah siap untuk dihidang. Emm. Sis pun tak sabar-sabar nak makan.


Selamat mencuba. Kalau tak faham boleh DM sis. 
:)


Assalamualaikum..






Wednesday, September 14, 2016

Turn 25 Years Old

Assalamualaikum.w.b.t


Selamat hari raya Aidil Adha untuk silent reader. Alhamdulillah Kak Mun nak gi tahu yang kite dah 25 tahun. Dalam usia macam ni mesti ada yang dah kawin anak berderek. hehe. Untuk mereka yang berjaya Alhamdulillah. Kalau tak berjaya jangan susah mesti ada yang berjaya dalam sesuatu tetapi kita tak nampak. Walaupun sekecil zahrah. Contohnya korang baik dalam keluarga, bagi keluarga bahagian tu pun satu kejayaan dunia akhirat. Kau susah mana pun kalau kau selalu beribadah tu pun kejayaan diri sendiri. Jadi bersyukur ye.




Sebab apa Kak Mun cakap macam tu. Sebab ada sesetengah kaya, senang, cantik pun tak bahagia. (Faham tau. Maksud Kak Mun, Tak semua. Sebagai contoh). #biasalah orang sekarang kena cakap bagi jelas nanti kena hentam.


Bagi Kak Mun sekarang semua dah dapat nak cakap susah tak. Biasa-biasa je. Sejak dah tukar depatment dapat kawan-kawan sekepala. Sebelum ni pun best. Tapi boleh rasa berbeza sikit. Sebab kawan yang sini semua perempuan. Sekepala. Dah macam adik beradik.


Diorang ada buat suprise before cuti raya Aidil Adha. Memang terkejut. selalu buat suprise dekat kawan-kawan. Tapi diorang cakap tiap kali nak buat mesti orang tu lepak tempat bilik makan tu. Terima kasih banyak-banyak dekat Nurul, Kak cyla, Kak Nadrah dan faiz. Sebab usaha nak buat walaupun dipaksa buat lakonan semula. Tah apa-apa kan.


Kalau korang nak tahu vedio ni di ulang tayang. Waktu tu kawan kak panggil whatsapp ada benda nak tanya. Jadi kak malas nak balik ke tempat nak lepak-lepak dekat meja Nurul. Duk sembang-sembang tiba-tiba nurul panggil. 

Nurul : Kak mun boleh tak betulkan tudung dekat dalam bilik ni.
Aku : Amboi sebelum ni pakai tudung pandai je. Ni dah kenapa. Totorial dah abis ka.
Nurul :  Datang jela, Nurul dari tadi susah betulkan tudung.


Kak Mun pergi jela. Bila buka pintu Kak Nad masuk. Tapi Kak Mun duk membebel lagi. Tapi macam pelik sebab ada kek atas meja. Tiba-tiba diorang surprise seriously terkejut. Lepas tu Nurul cakap

 "alaaaaa lupa nak rakam. Kak mun, keluar bali"

 Korang rasa apa time tu. Tah apa-apa. Baru je nak menangis air mata gembira dia buat lawak bodoh pulak. Apa lagi buat la lakonan tu. Hahaha


Apa-apa pun. Memang terkejut and thanks are lot dekat adik-adik and akak-akak. sebab buat surprise dekat den. Love you.


Tuesday, September 6, 2016

Bukit Kutu Bersama Jalur Gemilang

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah for new entry ni nak kongsi pengalaman ke 2 hiking bersama hikers  yang semangat benar nak kibarkan jalur gemilang di puncak Bukit Kutu. Peluang yang dapat ni pun bukan nak jangka sebab orang yang ajak. Jadi nak cuba yang terbaik dengan kawan -kawan yang lain.

Sesiapa yang membaca entri ni mohon jangan termuntah sebab ada banyak gambar yang nak shared bagi menaikkan semangat sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam pendakian.

3.30 pagi yang dijanjikan untuk berkumpul. Hahaha .. Tapi hanya janji. Korang boleh baca cerita tentang pagi buta ni dekat blog kawan ( Nazri Subri ) aku sendiri. Tak patut dia cakap kami Charlie's Angle sebenarnya Kak Ton la Charlie's Angle sebab dia datang denga Jerry a.k.a Zainal. Sebab kami bertolak dalam jam 4.20 pagi bergerak ke Kuala Kubu Baru. Dengan hobi suka tido jadi masuk dalam kereta tido bagi mermafaatkan masa yang ada kami tiba dalam 5.50 pagi then terus menunaikan solat berdekatan lokasi pendakian. 


Singgah kedai mamak berdekatan. Makan apa yang patut. Kalau korang ada yang tak sanggup kan makan berat-berat. Tapi hati ni je yang tahu. Malasnya nak bawa makanan naik atas bukit. Ya ampun memberatkan beg sendiri. Jadi sediakan air je lebih. Tapi salute akak-akak hiker siap bawa bekal dari rumah. So tak jadi masalah dekat diorang dengan beban yang diorang bawak.


sambil tunggu oder. Curi gambar diorang ni. Serius habaq hang. haha. Kedai ni berdekatan dengan 



Starting pendakian haruslah welfie dulu.

Kebanyakkan tempat kami berenti sebab ada benda yang tak diduga. Muka redha. Haha. Sangat letih. Ada yang nak yeyak pun ada. haha

.
.

Berehat metaa..



Hok ni kesian. Sakit perut. Nak tau cerita lebih lanjut baca blog Nazri Subri




Sesiapa yang pernah naik ke Bukit Kutu. Anda akan jumpa satu batu yang sangat-sangat besar. Bila sampai tu. Mesti cakap .. "WAAHH BESARNYA BATU" okey dekat check point 5 Bukit Tedung korang akan jumpa batu ni.

Hampir sampai ke destinasi puncak CP9 kami akan berjumpa dengan Chimny. Mula-mula tak faham apa la duk cimi-cimi. Bunyi macam comel. Macam jelly ja. Hahahax.


Ha... itu la chimny ala jelly yang aku cakap tadi. (Jelly sangat)

Nazri awat lagu tu. Tak mo..tak mo.. Molek sikit.

Sementara nak tunggu naik atas batu yang ramai sangat duk beratur hujan pulak. Dalam hati fikir macam-macam nak naik ke tak. risau keselamatan diri lagi. Tapi hati ni nak naik jugak.

.
.

Ramai ni tengah tunggu turn nak naik atas batu tu. Mendung pulak nak hujan.
.
.


Jadi kepada siapa yang suka nak guna go pro then nak dapat view yang cantik boleh naik ke atas. Seriously mengucap awal-awal. Risau jadi apa-apa. (Jangan seronok) #mohon

Ada orang cakap kite riak naik atas. dia tak tau tu yang duduk bersila dia nak bermalam atas batu.

Yeah!! berjaya ke puncak dengan gediknya.



Seperti yang dikatakan kalau muat atas batu tu boleh sampai 10 orang naik tapi kami tak nak naya diri. Risau apa-apa berlau kena bahagi dua kumpulan naik ke atas.


Seriously, gambar Halimi memang cantik. Puji dekat sini ja. Den tau dia buka suka baca benda-benda ni.

Lepas tu kami bergerak ke lokasi berdekatan yang dimana terdapat sisa banglo peninggalan british.

Sekitar banglo peninggalan british


.
.

;) ;)


Malam-malam seram ni..
.
.

:)
.
.
Alhamdulillah dalam sekitar 4 lebih kami tiba di kaki bukit. Sebenarnya cuaca tidak baik sebab sekejap hujan sekejap tidak. Tapi dipermudahkan sampai juga dengan selamat. Best sangat nak cakap. 

Bila ke office bercerita je tentang hiking. Sampai ada tanya Broga pernah naik tak. Jawab jela "tak, kenapa" Yang rendah tak naik nak naik yang tinggi. Apa daaa..

Thanks for reading.... muah cikit :*


Wednesday, August 10, 2016

Pulau Perhentian Bersama Bujet

Assalamualaikum wbt.


Baru-baru ni aku baru balik dari trip Pulau Perhentian bersama kawan-kawan study dip. aku hujung bulan tujuh. Jadi nak shared salah satu bujet yang korang perlu sediakan bila sampai ke pulau.


Apa yang perlu bawa ye :

Bagi siapa-siapa yang pernah pergi bercuti ke pulau mesti dah pandai nak handle barang apa yang perlu dibawa, barang apa yang tak perlu. Bagi aku Kalau pergi pulau mesti bawak baju yang banyak. Tambah-tambah lagi kalau nak mandi. Tapi bater korang ada baju mandi sendiri. Baju tido satu pun dah cukup. Kain tuala tak perlu bawa sebab hotel or chalet mesti sediakan.


Walaupun aku sendiri pergi tido di chalet bujet. Aku sampai dan aku rasa selesa tempat tu kira tak perlu aku ambil yang mahal-mahal. Sebab if korang pergi becuti confirm-confirm tak duduk dalam bilik. Jadi rugi kalau ambil mahal-mahal. Cukup memadai kalau tido malam. Melainkan korang bercuti honeymoon. (Gatcha) HAHAX!


Seriusly, aku tak tipu. Makanan dekat Pulau Perhentian memang mahal gila. Harga boleh kawan dengan Paparich, kenny melainkan kau kaya....


Jadi disarankan korang prepaire bawa makanan sedikit ke pulau. Macam roti ke untuk breakfast. Aku ada usha kedai-kedai dekat pulau tu semua makanan mahal boleh dikira dua kali ganda dari harga biasa. Kalau korang makan dekat kedai pun sama. Nasi goreng dia punya la mahal RM10. Dan aku rasa makanan goreng-goreng yang murah pun nasi goreng malay dan nasi goreng cina. Yang lain harga RM10 ke atas. If ada yang murah korang boleh shared dengan aku.


Sedangkan air miniral pun RM3 dekat sana. haha.




to be continue next story....


bubye:)

Tuesday, July 19, 2016

Pemenang Giveaway Flora Mask by Ierah Sulaiman


Assalamualaikum. Wbt.

Baru berpeluang dan ambil masa sekejap untuk mengumumkan pemenang giveaway Flora Mask pada April yang lalu. Kalau dengar macam berkurun. Dah berkurun baru nak umum. Kalau orang boleh menyampah nak tunggu. Ierah minta maaf sangat-sangat kepada peserta yang tunggu dan ada yang text personal bila nak umum.. bila nak umum. 

Jadi hari ni Ierah umumkan pemenangnya. Sebelum ini Ierah guna juri kawan Ierah sendiri tolong pilih pemenang yang betul-betul layak dapat hadiah. Sebab tahun yang lalu hampir 40 peserta yang jain giveaway ni. Tapi kali ni berkurang sikit. Kalau nak sedap lagi kurang sambutan.
*Akak decide yang sekarang orang suka membaca dari menulis. Macam akak sendiri*

Jadi penilaian ni melalui kesungguhan sapa-sapa yang join. Kita nampak orang tu bersungguh kita bagi mark. hehe.

Jadi Ierah harap yang lepas umum ni. Pemenang contact akak tau. Melalui Facebook. Maaf la. Tak dapat nak bagi no secara terang-terangan. Sebab Number akak terlalu personal. (Poyo aje).

So umum sahaja pemenangnya ye :)
.
.
.
.
.

Atiqah Azmi

Ramai yang terbaik. Tetapi terpaksa pilih the best or the winner yang betul-betul bersungguh. Maaf la memang dah baca semua, Ada peserta lelaki dia kalau menang nak bagi dekat mom or girlfriend. Hehe. Tapi maaf la awak. Awak pun terbaik sebab susah kita nak dapat orang lelaki join giveaway girl-girl ni kan. Kalau ada rezeki kita buka hadiah giftaway untuk boy-boy tau.

Korang boleh baca entry Atiqah dekat link yang diberi ni.

http://atiqahazmi.blogspot.my/2016/04/ierah-sulaiman-bagi-free-product-flora.html





Tahniah kepada Atiqah sebab berjaya menambat hati saya. Pemilihian Atiqah sebagai pemenang, seperti yang Ierah cakap disebabkan kesungguhan beliau. Jiakalau yang lain bersungguh dia over sikit bersungguh. Diharap kalau ada peluang lagi saya akan buat giveaway lagi. Janganla ada halangan. Hu Hu Hu.


Maaf bos saya ambil masa bekerja lagi.

Keep Smile :)
Assalamualaikum.