Showing posts with label Tips Blogger. Show all posts
Showing posts with label Tips Blogger. Show all posts

Friday, June 17, 2016

Duit Raya Kepada Sedekah

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah hari ini sudah 12 ramadhan. In shaa Allah dah masuk pertengahan ramadhan. Waktu ni ramai yang sudah persiapkan barangan raya terutama mak-mak dekat rumah. Kalau dalam keluarga aku dah mula buat kuih raya sendiri. Kalau beli dekat luar tak sama dengan buat sendiri. 

Cuma mahu kongsi sedikit ilmu yang baru-baru ni aku ikuti usrah bersama beberapa orang ustaz. Beliau menceritakan mengenai konsep duit raya yang akan diberi kepada tetamu ketika datang ke rumah. 

Zaman kanak-kanak lagi waktu tu aku seronok pergi ke setiap rumah jiran hilnggalah lewat petang semata-mata mengumpul duit raya. Tapi tu menjadi tradisi ketika zaman dahulu. Tapi zaman dah berubah bila aku sendiri dah dewasa mestila tak dapat duit raya tapi harus memberi kepada yang muda-muda.

Disebabkan yang muda-muda sekarang tak suka berkunjung ke rumah saudara sendiri. Entah la apa yang disegan duduk di rumah je. Beza sangat dengan dulu. Kalau boleh nak halau keluar rumah mintak beraya rumah kawan-kawan diorang. Bagi aku tu konsep berkunjung yang boleh eratkan hubungan kawan-kawan. Yela kalau dah kawen nanti memang susahlah nak datang rumah kawan-kawan kecuali ada kenduri or meninggal (Haha aku main je)

Back to topic, Ustaz menyarankan menukarkan konsep memberi duit raya kepada bersedekah. that mind korang perlulah berniat memberi kepada penerima sebagai sedekah. Apabila seseorang berniat macam tu In shaa Allah niat yang baik kita akan dapat pahala. 

Jika difikirkan betul apa yang diberitahu. Jadi kita bukan senang nak sedekah. Kadang-kadang aku sendiri kalau nak bersedekah mesti rasa nak letak duit tu malu. Takut orang cakap diri menunjuk-nunjuk. Satu lagi kalau was-was ketika memberi selalu ada pada aku. Jadi aku kalau nak sedekah selalunya aku beri time orang tak dak dekat situ aku cepat-cepat letak. lepas tu tinggalkan tempat tu.

Jadi aku rasa perlu jugak ubah sikap tu jadi lebih baik. Kepada adik-adik janganlah datang beraya semata-mata nak duit makan pun tak. Kau buat datang rumah aku macam tu memang kau tak keluar la. Aku paksa kau makan sampai habis satu balang tu. kau nak!! (Gurau ja)


Aku selau pegang konsep ni kalau jadi sewaktu orang nak minta sedekah. Dan aku harap tak ada la orang buat kerja tak baik semata-mata nak keuntungan diri sendiri.

Selamat beramal semua.

Wednesday, April 13, 2016

Jom Tambah Followers!

Assalamualaikum wbt :)

Sekarang ni aku tengah curi masa kerja. Sebenarnya tak berapa baik untuk korang ikot. Disebabkan aku dah siapkan semua kerja aku ni aku jadi bosan dan menguap-guap di meja sendiri. Jadi aku pun tak nak la ganggu jiran meja aku buat kerja. Nanti dia buka kedai kopi tengah-tengah meja kitaorang.


Jom tambah follower ni segmen daripada blogger cantik kita Azira Freesia. Actually aku dah follow si cantik ni. But nak memenuhi kebosanan melanda. Jom kekawan kita ikot segmen dia.
Senang sangat nak ikot segmen Azira janji korang baca betul-betul all roll yang Zira beri.


Siapa yang baru nak berjinak dengan berbelogger ni :Say Yes"

Jadi ada beberapa Tips yang aku nak bagi dekat korang. 

Minat

Firstly, korang mestilah tahu, perkara pertama kalau nak buat blog dan menjadi seorang blogger haruslah mempunyai minat. Terutamanya dalam bidang penulisan karya. Pernah tak dengar seseorang itu tidak mempunyai minat tapi nak buat blog sendiri. Maybe perkara tu terjadi bila anda mempunyai kawan dan merupakan salah seorang blogger. Jadi anda pun creat satu basic blog untuk diri anda. Entry yang pertama anda akan introduce your self. But, after week, month, and years satu entry pun tak masuk. Jadi minat tu hanya muncul bila anda ada seorang kawan blogger. 


Idea

Apabila anda dah buka blog. Idea dalam membuat entry perlu ada. Kalau boleh pembaca suka dengan idea kita. Tajuk harus la menarik. Kalau tak menarik tajuk perlulah padu. Haha. Maksud aku gempak la. walaupun cerita korang habis-habis kelaut jugak.

Ambil masa untuk keluarkan idea ketika nak buat post entry anda. Bak kata orang idea mencurah-curah kedalam ladang gandum. Kalau nak feel lagi buat time korang happy. Time tu la korang akan dapat idea yang meletop kebabomm. Kadang-kadang idea tu datang sewaktu korang sedih. "Oh" korang nak cerita masalah korang time tu. Boleh sahaja. Mana tahu kan kawan-kawan boleh komen dan bantu anda.


Menarik

Apa yang dikatakan dengan "Menarik" adalah dari segi post entry anda, design blog yang menarik merupakan salah satu cara menarik pembaca untuk membaca blog anda. Blog yang terlalu periklanan kadang-kadang membolehkan pembaca berasa rimas untuk membaca.


Good Responds

Kadang-kadang kita tidak persan terdapat pembaca-pembaca yang suka komen di entry anda. Bagi menarik minat pembaca. Korang kena bagi feedback setiap komen yang diberi. Tidak kisah lah Komen tersebut menyakitkan hati anda. 

Melalui pengalaman aku sendiri aku pernah post one entries ni. Ada satu teguran dari pembaca tersebut. Dimana aku rasa bersalah post perkara yang salah. Aku terus padam entry aku tu. Sepatutnya aku say thanks kepada pembaca tersebut disebabkan terlah menegur aku dengan baik.


Tolong-menolong each other


Sebagai seorang blogger haruslah korang tolong-menolong each other. That means. Give supports kepada blogger lain. Contohnya, bila pergi ke blog diorang. Puji-puji la sikit apa yang perlu. Aipp jangan puji melambung sampai tak kena. Contohnya, blogger tu post pakai baju tak lawa. Kau pun main terjah je cakap "Waaah mesti mahal ni, cantiknye awak.." padahal orang tu pakai tshirt kosong je pun. -.-. Kalau aku pun tengok kau kecik besau je.




Aku pun nak letak jugak watermark aku ni. Kalau korang berminat nak join boleh la pi usha-usha Blog Zira. Kalau korang nak aku follow korang jugak boleh la tinggalkan link dekat komen tu. But Kalau korang nak hadiah macam Zira. Aku pun ada buat segmen. Korang boleh scroll link aku ni bulan ni.



As salam :))

Friday, November 6, 2015

Feryal Elak Rambut Gugur

Assalamualaikum

Kepada kawan-kawan semua apa khabar. Sekian lama tidak update and post entry. Bukan tu sahaja. lama tak muncul dalam blog ni disebabkan kekangan aku. Hari ni tiba-tiba datang mimpi nak kongsi satu tips masalah keguguran rambut. Yang mana aku sendiri hadapi sejak setahun yang lepas sehinggalah sekarang.  Tak salah shared sebab aku tahu ada diantara korang hadapi masalah macam ni. 

Mak, kakak yang selalu tegur dekat rumah. Mana taknya. Selalu sangat nampak rambut merata-rata. Tambah-tambah dekat bilik air waktu mandi kalau cuci rambut mesti banyak rambut dekat laluan keluar air tu. Lama-lama aku rasa rambut bahagian depan ni yang menonjul sangat jarang-jarangnya. Mula-mula siap cakap nanti okay la, salah shampoo la. 

Pernah jugak tukar shampoo ni. Aceh-ceh nak pakai bawang ala-ala Jeckie Chan. Yela nak bagi rambut tumbuh. Tapi rambut jadi kejung (Keras) dah la rambut ni banyak baby hair. Jadi tak da perubahan pun aku stop dulu. Than pakai Dove balik walaupun dah tahu kalau pakai Dove rambut akan gugur janji rambut lembut balik.

Minggu lepas kawan office saran nak shared satu produk ni. Mulanya fikir macam membazir tapi dah nekat nak ubat rambut ni bagi tak gugur. Tak kan nak botak. Muda-muda dah tak de rambut. please laa..

Jadi korang boleh cuba Feryal Professional aku beli dengan harga berpatutan time tu dorang buat promosi.

Feryal ni botol dia besar juga. Jadi kalau pakai tak rugi. Kalau korang pakai effect kepada kepala korang rasa sejuk. Macam lepas tuang kepala dengan ais. Jadi rasa macam ada tonic atas kepala ni. Feryal bantu treatment kepala dari macam - macam masalah rambut. Salah satu sebab rambut gugur adalah seperti kelemumur. Jadi lebih prefer korang rujuk web site

kalau korang berada situasi macam ni mesti korang tertekan kan. Jadi sekurang-kurangnya boleh la iktiar nak berubat kepala korang cepat-cepat.
Aku janji Feryal ni boleh membantu masalah jadi lebih baik.




Why Feryal good for me??

Daripada testimoni yang telah dibuat kepada diri sendiri selama 1 minggu. Rambut tak gugur banyak. Selalu kalau lepas mandi dekat sikat tu mesti banyak. Sekarang dah kurang siap boleh kira berapa helai. Rambut jadi macam kuat dekat kepala. Yang bestnye dekat lantai tu tak de rambut gugur. Erm.. Best kan kalau masalah dapat diselesaikan.

So, siapa-siapa yang nak mencuba bolehlah beli daripada ejen Feryal ye. Kalau ada feedback baik korang gi tau aku if kalau la tak baik bagi tahu aku. hee..



thank you for reading this entry !!
See you next entry
:)

Wednesday, September 24, 2014

Contoh Colour Blocking

Hai semua. okay baru-baru ni ada salah satu entry Ierah buat macam mana nak nak pilih colour blocking kan. Boleh rujuk Entry ni SINI 
Mungkin ada yang kurang jelas dengan contoh diberi. 
Dekat sini ada contoh yang jelas dengan macam mana nak pilih. Simple je. Jom tengok ye..
Complementary atau nak senang dikenali 2 warna yang harmoni.

Analogous merupakan warna yang seakan - akan tetapi kena ambil tiga warna sahaja. Daripada warna yang perlahan kepada yang terang.


Split-Complementary warna yang  sama kepada complementry tetapi salah satu hujung tanda dibahagi kepada dua. Warna Split Complementary kelihatan lebih menyerlah.



Triadic kombinasi warna segitiga di dalam roda. Kalau kita tengok warna seperti klasik.


Selamat berkongsi idea ..^_^

Thursday, June 5, 2014

Pemilihan Color Blocking

Semua akan tanya apakah color blocking? Okay, nak bagi tahu sikit je color blocking merupakan kombinasi pelbagai warna. Kombinasi warna tersebut membantu menyokong antara satu sama lain. Tapi cara pemilihan color blocking mesitilah bersesuaian dengan warnanya.






CONTOH KOMBINASI WARNA MENGIKUT KEADAAN SEMASA
Pink + Pasterl : ‘Chic’, Bergaya Nampak Ringkas
Kuning + Biru + Pink : Manis Nampak Menggembirakan
Merah + Pink : Berani & Kelihatan Ayu
Biru + Merah + Kuning : Ranggi & Kelihatan Bersahaja
Merah + Kuning : Berani Mengambil Risiko, Bergembira & Bijak Bergaya
Biru + Merah : Setia & Kelihatan Klasik
Kuning + Biru : Ceria Tetapi Klasik
Biru + Oren : Bebas Nampak Penyayang
Magenta + Hijau : Tenang Kelihatan Feminin
Ungu + Kuning + Biru : Berani & Humor
Pink + Ungu + Merah : Setia & Sofistikated
Kuning + Hijau : Tenang & Pendam Perasaan
Oren + Pink : Comel, Gembira & Artistik
Kuning + Oren : Mesra & Peramah






Kombinasi warna biru, merah dan kuning menampakkan seorang itu ranggi dan bersahaja.





Kepada sesiapa yang minat untuk menggayakan mengikut fesyen terkini, color blocking dapat membantu anda dalam menggayakan pelbagai warna mengikut keadaan sekeliling.

Selamat mencuba ^_^