Showing posts with label Cook. Show all posts
Showing posts with label Cook. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

Resepi Mudah Kuih Keria

Assalamualaikum :)


Hari ni sis nak shared macam mana nak buat kuih keria bagi sapa-sapa yang first time nak buat.
Tak susah pun.

Senarai bahan yang perlu disediakan :

Jumlah Hidangan : 24 biji

Bahan - Bahan:

600g Keledek putih, merah atau ungu
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Serebuk Penaik -  Nak bubuh pun boleh. Hanya secubit

Bahan untuk sira:

1/2 cawan gula
1 cawan gula



Firstly, basuh terlebih dahulu ubi keledek dan rebus rehingga ubi menjadi lembut. Sis sarankan tak perlu kupas pun tak apa. Sebab nanti nak buang kulit senang sangat.

Masukkan sedikit garam ketika merebus ubi keledek.


Sis saja guna ubi keledek warna purple. Selalunya orang guna warna oren kan. Kali ni kia try lain daripada yang lain. Takpe sama je. akhir-akhir jadi cok keria.





Lenyekkan sehingga hancur.



Yang ni tak wajib bubuh. Kalau gatai macam sis boleh cuba. Kot-kot kembang besar pinggan. (Mohon jangan percaya)



Masukkan tepung gandung. Gaulkan sekali. Jangan terlalu banyak. Nanti kuih menjadi keras. Gaulkan sehingga ubi tidak terlalu melekat di tangan.


Yang ni setelah selesai diuli. Selepas itu bentukkan menjadi bulat. ikut sebesar mana kuih yang kita nak buat.


Comelkan. Yang ni kecil je sis buat sebab sis buat semata-mata nak merasa jadi ke tidak warna purple.


Kemudian goreng seperti biasa.Jangan buka api terlalu kuat. Risau hitam kuih korang.




Selepas digoreng. Haa. jangan terkejut warna hitam. Kan sis guna ubi purple

Salutkan dengan gula


Kemudian sediakan satu kuali. Masukkan gula di dalam kuali dan sedikit. Korang kena pastikan gula mesti melebihi daripada air. Kalau kurang gula akan bertukar menjadi gula hangus. 
........................
Pastikan anda masukkan adunan yang siap kedalam kuali dan pastikan sentiasa gaulkan sekali. jagan biarkan tidak bergaul. Jika tidak digaul. gula berkemungkinan akan cair menjadi gula hangus.


Okey dah siap untuk dihidang. Emm. Sis pun tak sabar-sabar nak makan.


Selamat mencuba. Kalau tak faham boleh DM sis. 
:)


Assalamualaikum..






Thursday, April 7, 2016

Resepi Mudah Laksa Peneng


Assalamualaikum :)

Hari ni nak shared dekat korang buat laksa. Dulu time sekolah favorite aku laksa la. Time duduk asrama bila weeked tu aku selalu call mak aku bawak laksa mai asrama. Siap kami berkelah tepi padang. Kalau boleh tiap-tiap hari makan laksa. Bab paling sedap tu kuah dia la. Orang cakap kuah dia boleh makan dengan bihun, nasi goreng. Aku mula-mula macam pelik ja. Tapi lepas try memang sedap habaq ahh.

Kalau korang tak percaya cuba la. Sampai menjilat jari. 

Bahan-bahan pun tak sempat nak bubuh. dah snap pic.


Jom kita tengok macam mana nak buat Laksa Peneng

Bahan-bahan untuk buat ikan

- 10 Ekor ikan (Aku suka pakai ikan sadin)
-5 Keping asam keping
-Air untuk rebusan


Mak aku selalu ajar aku kalau lepas kita kopek ikan dan kita blander tulang ikan jangan buang lagi. kita belender sekali. Dia cakap kat situ kita zat ikan ado. Alah aku tau mak aku suruh jangan membazir. Kalau boleh dengan tulang-tulang tu makannya. Jadi hampas-hampas ikan tu tapis dan buang la ye. Jangan dibawa masuk sekali.


Bahan-bahan Pase

- 20 Cili kering ( Dipotong dan di panaskan dalam air. Senang nak buang biji cili tu)
- 2 Bawang besar
- Sedikit belacan
2 Ulas bawang Putih.

Kesemua bahan-bahan di perlulah diblander terlebih dahulu. Kemudia korang masukkan sekali dengan isi ikan yang telah di blander. Mudah kan.



Korong boleh tengok gambar atas yang aku post tu. Isi ikan yang dah dicampurkan dengan pase dia. Yang lain-lain jangan duk tengok.

Bahan-bahan kuah laksa

- Air rebusan ikan
- Air tulang ikan
- Air isi ikan
- Pase yang dah di blander
-2 Batang serai
2 Kuntum bunga kantan
- 6 Asam keping
-1 Inc lengkuas
- Daun kesum
- Sedikit garam

- 1 sudu pase udang (Harap maaf sapa-sapa yang suka pase udang masuk. Aku tak masukkan pun)


Kemudian bolehlah korang masukkan semua bahan-bahan tu sekali. Jangan buka api yang terlalu besar. Kecil je api tu. Nanti korang nak panas lama. Tak da la kuah tu kering.




Serai ni korang ketuk dulu bagi bau dia keluar. Ermm wangi laksa korang nanti.

Bahan-bahan time makan kuah laksa

- 1 Bungkus laksa (Rebus ye)
- 1 Pokok daun salad
- 1 Batang Timun (dihiris mancis) (Topup la kalau dah habis)
1 Labu bawang (Topup la kalau dah habis)
- 4 Telur rebus (Potong 2 atau 4)
- 5 Limau nipis / kasturi (Potong dua)
- 1 Kuntum bunga kantan
- 10 Cili padi (Dihiris)
- 2 Cili merah (Dihiris halus)
- 1/2 Nenas (Di ricik halus)
-1 Ikat daun pudina (Di hiris)
- 1 Ikat daun Selom (Di hiris)- Tak ada pun tak pa.


Bahan-bahan yang korang nak bubuh time makan nanti. Sedap kan. terasa terliur tiba-tiba.





Dah siap dihidang boleh la makan. Tak kan nak tengok je kan. Lepas ni boleh la belajar buat slow-slow. If korang tak faham boleh komen dekat bawah.
.
.
.
v

P/s-Ada pic yang aku terangkan yang korang tak faham aku ambik sikit-sebanyak dekat blog akak comel ni. Jadi boleh rujuk sini jugak. Dia punya masak memang terbaik :)


Selamat memasak ye. Bubye. Aku nak pi rehat ni. Boleh pulak time kerja buat kerja tak patut. Hehe. 
:* muah cikit..

Tuesday, March 29, 2016

Resepi Mudah Masak Paprik


Masakan Paprik asalnya datang daripada masakan Thai. Jadi sesiapa yang suka makan paprik ni confirm la suka makan pedas-pedas. Macam masakan tom yam kan. Aku ni bukan la penggemar paprik pun. Kadang - Kadang teringin buat la. Aku jugak bukan penggemar Tom yam. Conclusion nya aku bukan penggemar masakan Thai. hehe.

Jadi aku nak kongsi pada cik dek-cik dek yang baru nak belajar masak paprik dengan ringkas. Senang korang nak masak dekat laki korang kahwin nanti.
Bila cik abang jerit kat ruang tamu "yunk!!! abang nak paprik" ternganga la korang lepas tu mencari cik google.

Jom tengok cara-cara Resepi Paprik Ayam Mudah

p/s:- Paprik ni korang boleh guna bahan utama. Seafood, daging or etc.

Bahan- bahan : 

- Ayam / Daging / Udang dll 
 (potong mana yang patut ye)

-2 Ulas bawang putih 
(dihiris/diketuk)

-2 inci halia
(dihiris/diketuk)

- 1 or 2 sudu cili kering (blender)

- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Kicap
- 1 batang serai
- 2 Helai daun limau purut
- Sayur (Kacang buncis / Lobak merah / Bawang besar / Baby Corn dll.




Cara - cara nak masak :)

-. Panaskan minyak terlebih dahulu. Tumiskan bawang putih dan halia 
(Sehingga naik bau) -jangan sampai hangit tau.

- Masukkan cili blend dan campakkan serai. Main campak-campak je sekarang mudah. Janji masuk kuali.

- Masukkan bahan utama (ayam/daging/udang dll).
Bila ayam tu dah masak kau nampak putih tak merah-merah tu boleh dah air. Daging kena bagi empuk.
 Kalau udang masukkan lambat pun tak pe.

- Masukkan sos-sos yang disediakan. Kena pandai-pandai agak.
-Masukkan daun purut
-Last gula + garam.
-Jangan lupa sayur-sayur yang korang sediakan.


Sangat-sangat memudahkan korang kan. korang boleh try dekat rumah. If tak faham boleh comment kat bawah. Kalau masak jemput Ierah datang rumah tau. 



Best try to you all.
Good luck:)



Thursday, February 11, 2016

Resepi Mudah Udang Masak Lemak


Untuk tahun ni aku malas sangat nak update blog. Sebab dah start kerja bahagian yang busy. Jadi nak up status baru aku mulakan dengan resepi mudah kepada korang yang baru nak belajar masak tambah-tambah yang baru nak pegang senduk or kuali dekat rumah.

...................................

Bila dah korang dah baca search blog aku ni  mestila aku nak ajar korang buat Udang Masak lemak. Tak kisah la korang nak buat masak lemak ayam, daging ke what ever la kan. Sekarang ambil nota masing-masing tulis resepi ni tau.

Bahan-Bahan

* 2 Bawang Merah 
* 1 Bawang Besar
* 3 atau 4 Cili Hidup
* 1 inci Halia
* Belacan
* Kacang Buncis
*Udang / Ayam / Daging / Ikan
* Santan
* Gula
* Garam
* Kunyit atau Kunyit hidup (Ditumbuk)

Cara-Caranya:-

1. Bawang Putih, bawang merah, halia, cili hidup dan belacan di kisar atau ditumbuk (kalau rajin ye)
2. Masukkan bahan yang dikisar kedalam kuali. Tambahkan air sedikit dan panaskan dengan buka api yang tidak terlalu besar.
* Masak bahan yang di kisar masak terlebih dahulu. Bagi naik bau. Ermm. konpem bau satu rumah. Haha~
3. Jika anda menggunakan ayam, daging masukkan terlebih awal supaya masakkan menjadi empuk. Masukkan udang. Tunggu beberapa minit.


Ni contohnya tau. Tapi aku guna kunyit yang nak goreng ikan tu. masukkan sikit dalam kuali korang tu bagi kuning.

4. Masukkan santan pekat ke dalam masakkan. Korang kena pandai agak ye nak bubuh santan jangan terkurang nanti ceroi masak lemak korang. Bagi banyak sikit.

5. Kemudian masukkan sayur. Kacang buncis, Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masak sehingga masak tau!! Jangan tak masak pulak.

* Selamat mencuba ye. Mudah kan.