Friday, June 17, 2016

Duit Raya Kepada Sedekah

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah hari ini sudah 12 ramadhan. In shaa Allah dah masuk pertengahan ramadhan. Waktu ni ramai yang sudah persiapkan barangan raya terutama mak-mak dekat rumah. Kalau dalam keluarga aku dah mula buat kuih raya sendiri. Kalau beli dekat luar tak sama dengan buat sendiri. 

Cuma mahu kongsi sedikit ilmu yang baru-baru ni aku ikuti usrah bersama beberapa orang ustaz. Beliau menceritakan mengenai konsep duit raya yang akan diberi kepada tetamu ketika datang ke rumah. 

Zaman kanak-kanak lagi waktu tu aku seronok pergi ke setiap rumah jiran hilnggalah lewat petang semata-mata mengumpul duit raya. Tapi tu menjadi tradisi ketika zaman dahulu. Tapi zaman dah berubah bila aku sendiri dah dewasa mestila tak dapat duit raya tapi harus memberi kepada yang muda-muda.

Disebabkan yang muda-muda sekarang tak suka berkunjung ke rumah saudara sendiri. Entah la apa yang disegan duduk di rumah je. Beza sangat dengan dulu. Kalau boleh nak halau keluar rumah mintak beraya rumah kawan-kawan diorang. Bagi aku tu konsep berkunjung yang boleh eratkan hubungan kawan-kawan. Yela kalau dah kawen nanti memang susahlah nak datang rumah kawan-kawan kecuali ada kenduri or meninggal (Haha aku main je)

Back to topic, Ustaz menyarankan menukarkan konsep memberi duit raya kepada bersedekah. that mind korang perlulah berniat memberi kepada penerima sebagai sedekah. Apabila seseorang berniat macam tu In shaa Allah niat yang baik kita akan dapat pahala. 

Jika difikirkan betul apa yang diberitahu. Jadi kita bukan senang nak sedekah. Kadang-kadang aku sendiri kalau nak bersedekah mesti rasa nak letak duit tu malu. Takut orang cakap diri menunjuk-nunjuk. Satu lagi kalau was-was ketika memberi selalu ada pada aku. Jadi aku kalau nak sedekah selalunya aku beri time orang tak dak dekat situ aku cepat-cepat letak. lepas tu tinggalkan tempat tu.

Jadi aku rasa perlu jugak ubah sikap tu jadi lebih baik. Kepada adik-adik janganlah datang beraya semata-mata nak duit makan pun tak. Kau buat datang rumah aku macam tu memang kau tak keluar la. Aku paksa kau makan sampai habis satu balang tu. kau nak!! (Gurau ja)


Aku selau pegang konsep ni kalau jadi sewaktu orang nak minta sedekah. Dan aku harap tak ada la orang buat kerja tak baik semata-mata nak keuntungan diri sendiri.

Selamat beramal semua.

Thursday, June 9, 2016

Tarawih Pertama Part1

Assalammuualaikum wbt.


Alhamdulillah dah masuk bulan ramadhan tahun  ni. Saja suka-suka bercerita apa yang berlaku pada tarawih pertama aku. Selalunya orang akan seronok apabila pergi tarawih. Aku pun seronok jugak la dah masuk puasa. Tiap-tiap tahun pergi tarawih kecuali dapat cuti ABC. 

Esok nak puasa dah. Confirm la malam ahad ada tarawih. Pagi tu family aku pergi ke Nilai beli barang kahwin akak aku yang ke dua. Kalau tahulakan jalan beli barang sana dengan cuaca yang ampun panas gila. Balik ke Putrajaya pun dah lewat petang. Bila balik masak malam. Tuhan ja yang tahu laparr gila sebab pagi makan kueh ja. Kau tahu tak time membeli barang muka aku dah macam cencurut letih gilo. Yela nak pilih bunga paha pun dah berejam-rejam. Tension hakak. Sampai akak aku tegur.

 "Awat duk buat teruk sangat macam orang puasa. Esok baru puasa. Letih dia melebih, kalauh orang puasa". Aku balas la.. " Ahh. Letih gilo, macam hari ni ja puasa" huhu.

Bila makan tu sembang-sembang dengan mak 

Aku : Ush dah macam berbuka ni. Lapar dia yaaaa ampunn..
Mak : Haha. Lepas ni sapa nak ikot mak pi tarawih.
Aku : krik..krik.. (Sambil sambung makan..dan sambung makan lagi)

5Minit berlalu .....

Mak : Jom-jom solat pi tarawih
Aku : (Dah sudah makan sambil tengok TV.) Esok je boleh tak. Mak tengok ni perut adik. tadi kempeh ni dah sama dengan orang mengandung. Aceneee. (Sambil tepuk-tepuk perut)
Mak : Yala tu. Taknak pi Alasan macam-macam.


Aku dah solat time magrib tengok akak aku siap-siap nak pergi tarawih dengan mak aku. 10 kali duk fikir nak pi ka tak. Aleh-aleh aku sarung telekung ikot pi jugak.  (Dalam hati cakap. Erm 8 rakaat je pun. Tak lama) Jangan sampai tersengguk-sengguk time solat dah la.


Seriously, tak tipu kalau kadang-kadang susah nak buat benda baik. Sebab kita selalu ambil mudah. Kalau benda jahat senang ja buat. Maksud aku ni bukan la jahat. Contoh kau lewatkan solat. See, kalau boleh cakap kejap-kejap.

Apa-apa pun aku just nak cakap kalau korang free malam ni JOM TARAWIH.

hehe.

Selamat menjalankan ibadat puasa pada bulan yang baik ni.
Assalam.