Monday, April 18, 2016

Mom blood

Assalamualaikum


Tajuk cerita yang aku post nampak macam menyeramkan. Kalau imbas baca balik macam something berlaku dekat mak aku. Sebenarnya tak pun cerita ni tentang pengalaman Donate Blood dalam bahasa melayunya derma darah. Actually, aku dah banyak kali cuba nak derma darah. First time sekolah menengah lagi. Cubaan pertama aku tak berjaya. Pak Doc cakap darah aku kurang kau orang akan dengar Hemoglobin. Time tu kecewa la sesangat. Yela akak aku yang second dapat derma darah dia. Siap Doktor cakap banyak darah ni. Kalau nak ambik dua beg ni boleh je ni. Haha. Korang jangan terkejut. Pak Doc melawak je. Syaratnya satu beg SAHAJA!


Tahap kecewa aku tu menjadi lagi bila time makan mak aku tanya aku. Darah adik, darah apa? Aku siap cakap darah apa?? Yela, Time nak derma tu mesti doktor periksa sekali jenis darah. Aku pun dok alohh. Tak terinagat pulak nak tanya Pak Doc. Akak aku yang tengah tu darah abah aku. Siap aku gelak lagi. Haha darah abah. Apa barang! Jahat tak, jahat tak.

Sebenarnya, darah antara mak ataupun abah bukan menjadi masalah. Disebabkan aku and akak aku membesar dengan mak. Jadi benda tu boleh jadi gaduh antara kami.HAHA. Korang yang berada dalam keadaan keluarga aku ja tahu maksudnya.


Waktu ni aku buat pemeriksaan tekanan darah. Nak tahu BMI, usia umur dalam badan. Tahap gula dalam badan. Alhamdulillah, cek punya BMI normal. Tapi Doktor cakap lemak dalam badan terlalu banyak. Aduh, bila fikir balik aku ni siap diet bagai tapi lemak masih banyak. Aku rasa ni lemak tepu yang degil sebab diet tak reti-reti nak excercise. 


Nak buat macam mana pi kerja balik kerja. Time balik letih duduk ja. Tak de masa nak gelek-gelek pinggang sendiri. Dulu ada je geng Kak gayah nak pi jogging sambil cuci mata. La ni kalau ajak member haromm nak jogging. Kalau ajak pun kerja duk gosip ja sambil jalan. Aku rasa time tu mulut aku ja kurus. Sekali pahala aku kurus.  Besala sambil jalan bawak kopi sekali. 


Sebelum nak kena cucuk dengan jarum yang besar tu aku peace-peace dulu semua orang dekat situ. Gagah diorang duk ambik gambar. Gambar yang menampakkan bugerdill aku tu berlapis-lapis.


Sebelum  tu lagi duk bergambar lagi. Semua bajet-bajet seronok nak derma darah. Korang cari la aku dalam gambar tu kalau dapat. Pemeriksaan jenis darah sesuai atau pun tidak di bahagian ni. Jadi aku pun dah tahu yang aku ni darah "B". Siap snap picture send dekat group Family. Aku siap cakap uit-uit-uit aku darah B. Hang darah mak wei. Yeke. Dengan bangga diri aku cakap tengok ar anak sapa??


 Time ni aku lengah-lengah kan akak nurse ni. Kita sembang-sembang dulu. Kita ambik feel.

Kali ke dua aku nak derma darah dulu doktor cakap darah aku cair dan boleh dikenali sebagai Anemiea. Patut la aku ni cepat rasa pening je.


 Aku rasa lepas dia cucuk aku dengan jarum kedabak tu. Darah aku banyak rasanya tak sampai 10 minit dah penuh. Kawan aku siap duduk menyakung dekat beg darah aku tu.

                           Friend: Ni darah kak ke?
                           Aku    : Tak la. Darah abang sebelah kak ni. 
                                   (Rasa nak seligi je. Harus la darah aku. )
                           Friend: Lajunya darah kak keluar. Ush..ush..
                          Aku   : Biasalah penternah darah berjaya. Siap angkat-angkat                                                   kening.



Time ni syok la sebab Dato' Seri Idris Jusoh pun datang bergambar sekali. Biasalah kerja bawah Kementerian dia. Harus la turun padang.Terkejut akak-akak and abang-abang yang nak ambik darah. Itu diantara darah tak terleluar atau boleh dapat satu baldi. Haha. ;)


Siap Dato; Sri pergi dekat penderma welfie bagai. Gila kau tak sporting. Bagi aku bagus ada leader yang macam ni. Jangan ada yang cenger dah la. Semua orang takut.kihkih.

Kalau korang yang pernah menderma mesti korang dapat buku merah. Tapi ni bukan passport tau. Ni buku derma darah. Sesiapa yang pernah derma darah mesti dapat buku ni. Selamatlah time habis pogram aku tak kad derma aku tu dalam tong sampah. Kalau tak memang tak jumpalah. Sebab duduk pegang dengan kertas-kertas artikel yang tak berfaedah time jualan masa tu. Biasalah aku ni seorang yang cuai jugak.

Jadi dengan bangganya aku berjaya menjadi salah seorang penderma darah kepada yang memerlukan. Diharap korang juga jangan lupa ambil peluang untuk derma darah dan bantu mereka yang memerlukan. Kalau korang nak derma darah boleh rujuk Pusat Darah Negara dekat sini. Korang dapat tengok lokasi dan masa kempen dijalankan.



Mai pakat ramai-ramai derma darah.

Assalam dari penderma yang pertama. Peace yoo!!

Wednesday, April 13, 2016

Jom Tambah Followers!

Assalamualaikum wbt :)

Sekarang ni aku tengah curi masa kerja. Sebenarnya tak berapa baik untuk korang ikot. Disebabkan aku dah siapkan semua kerja aku ni aku jadi bosan dan menguap-guap di meja sendiri. Jadi aku pun tak nak la ganggu jiran meja aku buat kerja. Nanti dia buka kedai kopi tengah-tengah meja kitaorang.


Jom tambah follower ni segmen daripada blogger cantik kita Azira Freesia. Actually aku dah follow si cantik ni. But nak memenuhi kebosanan melanda. Jom kekawan kita ikot segmen dia.
Senang sangat nak ikot segmen Azira janji korang baca betul-betul all roll yang Zira beri.


Siapa yang baru nak berjinak dengan berbelogger ni :Say Yes"

Jadi ada beberapa Tips yang aku nak bagi dekat korang. 

Minat

Firstly, korang mestilah tahu, perkara pertama kalau nak buat blog dan menjadi seorang blogger haruslah mempunyai minat. Terutamanya dalam bidang penulisan karya. Pernah tak dengar seseorang itu tidak mempunyai minat tapi nak buat blog sendiri. Maybe perkara tu terjadi bila anda mempunyai kawan dan merupakan salah seorang blogger. Jadi anda pun creat satu basic blog untuk diri anda. Entry yang pertama anda akan introduce your self. But, after week, month, and years satu entry pun tak masuk. Jadi minat tu hanya muncul bila anda ada seorang kawan blogger. 


Idea

Apabila anda dah buka blog. Idea dalam membuat entry perlu ada. Kalau boleh pembaca suka dengan idea kita. Tajuk harus la menarik. Kalau tak menarik tajuk perlulah padu. Haha. Maksud aku gempak la. walaupun cerita korang habis-habis kelaut jugak.

Ambil masa untuk keluarkan idea ketika nak buat post entry anda. Bak kata orang idea mencurah-curah kedalam ladang gandum. Kalau nak feel lagi buat time korang happy. Time tu la korang akan dapat idea yang meletop kebabomm. Kadang-kadang idea tu datang sewaktu korang sedih. "Oh" korang nak cerita masalah korang time tu. Boleh sahaja. Mana tahu kan kawan-kawan boleh komen dan bantu anda.


Menarik

Apa yang dikatakan dengan "Menarik" adalah dari segi post entry anda, design blog yang menarik merupakan salah satu cara menarik pembaca untuk membaca blog anda. Blog yang terlalu periklanan kadang-kadang membolehkan pembaca berasa rimas untuk membaca.


Good Responds

Kadang-kadang kita tidak persan terdapat pembaca-pembaca yang suka komen di entry anda. Bagi menarik minat pembaca. Korang kena bagi feedback setiap komen yang diberi. Tidak kisah lah Komen tersebut menyakitkan hati anda. 

Melalui pengalaman aku sendiri aku pernah post one entries ni. Ada satu teguran dari pembaca tersebut. Dimana aku rasa bersalah post perkara yang salah. Aku terus padam entry aku tu. Sepatutnya aku say thanks kepada pembaca tersebut disebabkan terlah menegur aku dengan baik.


Tolong-menolong each other


Sebagai seorang blogger haruslah korang tolong-menolong each other. That means. Give supports kepada blogger lain. Contohnya, bila pergi ke blog diorang. Puji-puji la sikit apa yang perlu. Aipp jangan puji melambung sampai tak kena. Contohnya, blogger tu post pakai baju tak lawa. Kau pun main terjah je cakap "Waaah mesti mahal ni, cantiknye awak.." padahal orang tu pakai tshirt kosong je pun. -.-. Kalau aku pun tengok kau kecik besau je.




Aku pun nak letak jugak watermark aku ni. Kalau korang berminat nak join boleh la pi usha-usha Blog Zira. Kalau korang nak aku follow korang jugak boleh la tinggalkan link dekat komen tu. But Kalau korang nak hadiah macam Zira. Aku pun ada buat segmen. Korang boleh scroll link aku ni bulan ni.



As salam :))

Thursday, April 7, 2016

Resepi Mudah Laksa Peneng


Assalamualaikum :)

Hari ni nak shared dekat korang buat laksa. Dulu time sekolah favorite aku laksa la. Time duduk asrama bila weeked tu aku selalu call mak aku bawak laksa mai asrama. Siap kami berkelah tepi padang. Kalau boleh tiap-tiap hari makan laksa. Bab paling sedap tu kuah dia la. Orang cakap kuah dia boleh makan dengan bihun, nasi goreng. Aku mula-mula macam pelik ja. Tapi lepas try memang sedap habaq ahh.

Kalau korang tak percaya cuba la. Sampai menjilat jari. 

Bahan-bahan pun tak sempat nak bubuh. dah snap pic.


Jom kita tengok macam mana nak buat Laksa Peneng

Bahan-bahan untuk buat ikan

- 10 Ekor ikan (Aku suka pakai ikan sadin)
-5 Keping asam keping
-Air untuk rebusan


Mak aku selalu ajar aku kalau lepas kita kopek ikan dan kita blander tulang ikan jangan buang lagi. kita belender sekali. Dia cakap kat situ kita zat ikan ado. Alah aku tau mak aku suruh jangan membazir. Kalau boleh dengan tulang-tulang tu makannya. Jadi hampas-hampas ikan tu tapis dan buang la ye. Jangan dibawa masuk sekali.


Bahan-bahan Pase

- 20 Cili kering ( Dipotong dan di panaskan dalam air. Senang nak buang biji cili tu)
- 2 Bawang besar
- Sedikit belacan
2 Ulas bawang Putih.

Kesemua bahan-bahan di perlulah diblander terlebih dahulu. Kemudia korang masukkan sekali dengan isi ikan yang telah di blander. Mudah kan.



Korong boleh tengok gambar atas yang aku post tu. Isi ikan yang dah dicampurkan dengan pase dia. Yang lain-lain jangan duk tengok.

Bahan-bahan kuah laksa

- Air rebusan ikan
- Air tulang ikan
- Air isi ikan
- Pase yang dah di blander
-2 Batang serai
2 Kuntum bunga kantan
- 6 Asam keping
-1 Inc lengkuas
- Daun kesum
- Sedikit garam

- 1 sudu pase udang (Harap maaf sapa-sapa yang suka pase udang masuk. Aku tak masukkan pun)


Kemudian bolehlah korang masukkan semua bahan-bahan tu sekali. Jangan buka api yang terlalu besar. Kecil je api tu. Nanti korang nak panas lama. Tak da la kuah tu kering.




Serai ni korang ketuk dulu bagi bau dia keluar. Ermm wangi laksa korang nanti.

Bahan-bahan time makan kuah laksa

- 1 Bungkus laksa (Rebus ye)
- 1 Pokok daun salad
- 1 Batang Timun (dihiris mancis) (Topup la kalau dah habis)
1 Labu bawang (Topup la kalau dah habis)
- 4 Telur rebus (Potong 2 atau 4)
- 5 Limau nipis / kasturi (Potong dua)
- 1 Kuntum bunga kantan
- 10 Cili padi (Dihiris)
- 2 Cili merah (Dihiris halus)
- 1/2 Nenas (Di ricik halus)
-1 Ikat daun pudina (Di hiris)
- 1 Ikat daun Selom (Di hiris)- Tak ada pun tak pa.


Bahan-bahan yang korang nak bubuh time makan nanti. Sedap kan. terasa terliur tiba-tiba.





Dah siap dihidang boleh la makan. Tak kan nak tengok je kan. Lepas ni boleh la belajar buat slow-slow. If korang tak faham boleh komen dekat bawah.
.
.
.
v

P/s-Ada pic yang aku terangkan yang korang tak faham aku ambik sikit-sebanyak dekat blog akak comel ni. Jadi boleh rujuk sini jugak. Dia punya masak memang terbaik :)


Selamat memasak ye. Bubye. Aku nak pi rehat ni. Boleh pulak time kerja buat kerja tak patut. Hehe. 
:* muah cikit..

Monday, April 4, 2016

Ierah Sulaiman bagi Free Product Flora Mask For Giveaway 2016!!!

Assalamualaikum :)


Pada tahun 2014 Ierah pernah buat giveaway gila-gila untuk blogger and pembaca blog Ierah. For this year 2016. Sekali lagi Ierah buat giveaway untuk korang semua. Korang  kena faham konsept giveaway ni. Ianya lebih kepada supporter kepada blog-blog untuk meramaikan pembaca dan kenalan sama.

Ierah pernah muat naik satu entry produk kecantikan yang Ierah pakai sehingga sekarang iaitu Flora Masak. Produk ni tak pernah mengecewakan i tau. Memang membantu sedikit sebanyak. 
:):):)
Full entry korang boleh baca DI SINIAlhamdulillah, produk ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Thank you so much kepada sesiapa yang telah membelinya. Hehe

Jadi, disebabkan sambutan yang sangat-sangat menggalakkan daripada korang semua, Ierah nak buat satu contest. Bukan istilah contest sangat pun. Lebih kurang “GIVEAWAY” la jugak daripada Ierah kepada korang. Hadiahnya ape yang Ierah akan kasi product FLORA MASK ni yang bernilai RM65!!!! Wowwwww! Dengan bermurah hatinya Ierah bagi SECARA FREE.

Sebelum tu jom kita usha balik produk tu yang tengah Hot dan menaik sekarang ni!!






More information tentang faedah produk FLORA MASK yang HOTT ni:- KLIK SINI
Bagaimana untuk dapatkan GIVEAWAY daripada Ierah Sulaiman ni?



Caranya mudah sahaja:-


1.   Buat satu entry di blog anda yang bertajuk “Ierah Sulaiman bagi FREE Product FLORA MASK  For GIVEAWAY 2016!!!”


2.      Follow Ierah Sulaiman & saya akan follow anda kembali. (WAJIB sebab Ierah kena follow korang balik)


3.   Letak gambar product FLORA MASK. Terangkan secara ringkas sahaja mengapa anda nakkkk sangat   product Flora Mask daripada Ierah. Secara ringkas pun tak ape. Janji cukup syarat. Hihihi


4.      Link kan entry product tersebut ke sini. (entry Ierah yang ni tau). Maksudnya tajuk tu sama dengan entry Ierah sekarang ni.


5.    Bila dah publish entry tu, terus tinggalkan link entry korang tu dekat komen Ierah bagi memudahkan Ierah nak tahu sapa yang join. (Taknak tinggalkan entry korang dekat chat ierah tau..

Pemenang entry akan diumumkan berdasarkan entry yang sangat kreatif, simple dan memenuhi syarat-syarat seperti di atas.


TARIKH TUTUP :30 MEI 2016

                                                                  Cepat yeee semua :) Sayang Korang semua. Muah :*