Tuesday, April 23, 2013

Kisah kepulauan Solomon

Ingat !! Apa yang kita perlu Tahu ??


Assalammualaikum.. pembaca semua.. hari ni Ierah nak kongsi seperkara yang korang perlu tahu dan contohi. Tak kisahlah korang dah tahu.. Or tak tahu.. and you all kena jugak tahu.. Hehehe.. Perkara ni dah lama Ierah fikirkan.. jadi bila difikir dan memikir Ierah ada la terbaca tentang satu kisah yang perlu seseorang ibu, ayah, kakak, abang...ha....semua la...tak kisah la yang dikenali atau tidak... Korang Pernah dengar tak kisah satu kepulauan yang dulu-dulu lagi yang dapat bagi idea atau taladan kepada korang semua.. Haaa... ni kisah Kepulauan Solomon....



KEPULAUAN SOLOMON bukanlah negara yang tidak berpeta di muka bumi ini. Kepulauan Solomon terletak di timur Papua New Guinea. Kepulauan Solomon telah didiami oleh orang Melanesia sejak sekitar 30,000 tahun dahulu dan menjadi sebuah negeri naungan United Kingdom sejak 1890-an. Kepulauan Solomon diberi hak kedaulatannya sendiri pada tahun 1976. Negara ini masih menjadi anggota Kerajaan Komanwel.
Dikatakan orang Malenesia membuka Pulau Solomon bukan dengan parang dan kapak untuk meratakan hutan. Apa yang mereka buat, setiap hari mereka akan menghadap pokok-pokok kemudian memaki hamun pohon-pohon di situ. Kononnya tidak lama kemudian pohon itu pun kering dan akhirnya mati. 
Wah, masinnya mulut orang Malenesia. Terlebih masin mulut ibu bapa jika banyak memberi belaian ‘tarhib’ (menakutkan) daripada ‘targhib’ (menggalakkan).
Jadi.. kesimpulannya dalam kisah hari ni.. kita ni janganlah kita ni suka cakap dekat orang or nak jatuhkan seseorang..tak kisahla anak kita, adik-beradik kita, kawan-kawan ke.. kita tak boleh la cakap perkara yang boleh menjatuhkan semangat diorang.. kita ni kena la bagi sokongan.. nak bagi diorang bangkit.. hehe.. tu saja la apa yang nak Ierah kongsikan dekat kawan-kawan.. sebagai tauladan dan panduan..




4 comments:

  1. setuju ^_^ entry yg sgt informative .

    ReplyDelete
  2. tq..ierah buat entry ni sbb ade ssorg y dah kena mcm ni.. sampai budak tu berubah...teruk sgt..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. @rizal romandhoni hidayatullah..sama-sama..

      Delete