Wednesday, December 4, 2013

Tingginya Nilai Syiling Ketika Kecilku



Tingginya nilai syiling ketika kecilku.

Hai semua pembaca blog Ierah, mesti uols sihat. Off course la korang sihatkan. Ierah sentiasa mendoakan korang semua sihat dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sebab Ierah sayang kawan-kawan Ierah ni. 

Bagi entry ni, Ierah nak kongsi cerita waktu kecil-kecil dulu tentang pentingnya menabung dari usia kecil ni. Kalau korang perasanlah, susah sangat kita nak mengajar adik kita or budak-budak sekarang untuk menabung. Bila Ierah ingat balik Ierah ni bukannya orang senang, anak orang kaya ka lagi lah tak tapi Ierah dikategori orang sederhana. Mak Ierah didik kita orang adik beradik macam mana mak hidup susah dulu-dulu. Macam mana aruah tok wan susah payah cari duit. Dari situ Ierah fikir sedih sangat sampai ada keluarga mak yang tak belajar tinggi. Jadi kita pun kena berusaha untuk jadi anak yang bertanggungjawab.

Jadi mak Ierah ajar kitaorang menabung. Tiap kali pergi sekolah mesti mak bagi 50 sen. Time tu nilai 50 sen tu boleh beli banyak makanan. Korang tak percaya kan. Korang Tanya lah mak or ayah korang. Disebabkan mak selalu bagi bekal pagi-pagi Ierah kurang belanja. Jadi Ierah gunakan duit tu untuk menabung. Sehari 30 sen. Kira 20 sen tu lesap. Kalau uols nak tau tabung apa yang Ierah guna. Ni korang tau tak tabung yang macam bekas mister potato tu. Macam tu la tabung Ierah. Tapi comel sikit la. Ada kartun-kartun gitu.
Ni bukan Ierah ye. Orang lain. Haha. Nak gambar time kecil menabung memang tak dapat la yea.

Bila dah penuh mak terus bukak akaun Ierah. Buat pertama kalinya Ierah dah ada akaun BSN. Seronok sangat time tu sebab dapat menabung sampai seratus lebih. Alah jangan perlekeh tau. Nilai waktu tu banyak sangat. Walaupun waktu ni ada yang cakap setakat seratus dalam 1 minit boleh habis.

Jadi dalam waktu Ierah bekerja ni, Ierah nak belajar menabung semula walaupun nilai menabung tu RM1.00 sahaja. Sehari seringgit. Belum lagi simpanan semasa dengan haji.mesti korang akan cakap simpan je dalam ASB or mana-mana bank. Boleh je, tapi nikmat menabung korang tak dapat la nak rasa. So, doakan Ierah tau supaya niat Ierah ni sentiasa berterusan dan menjadi ikutan.
…………………………………………
…………………….
Kisah ini dinukilkan menerusi firman Allah, Yusuf menjawab:
"Kamu akan berladang tujuh tahun dengan kerja yang keras. Maka apa yang kamu tuai, hendaklah kamu tinggalkan pada tangkainya, kecuali sedikit dari yang akan kamu makan. Kemudian akan datang sesudah yang demikian itu, tujuh tahun yang payah; dia akan memakan apa yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit daripada yang kamu simpan." (Surah Yusuf, ayat 47 dan 48)

6 comments:

  1. dulu dan sekarang mmg berbeza sgt2 nilai wang..50sen dulu dpt beli mcm2 mknan..sekarang ni.adoi..nasi lemak pn xlepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la bila dah start keje. Ierah dah rasa macam mana susah mak ierah dulu nak bagi duit dekat family. walaupun tak kawin lagi dah banyak komitmen nak kena tanggung.

      Delete
  2. Betul tu. Dulu ZH skolah rendah, belanja RM1 seminggu. Bukan apa, family susah sangat masa tu. Mak nak bagi sehari rm1 tapi ZH cakap ada duit je. Mak pun pelik. Sebab tak suka susahkan mak bapak.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi time dulu la.serius lepas ierah masuk menengah oky lagi. bilah further stady mula la ierah mintak macam-macam sebab ierah tengok semua kawan-kawan Ierah pakai benda mahal.Rasa teruk jugak perangai time tu.

      Delete