Monday, October 27, 2014

Vken Sock

Assalamualaikum!

Saja nak kongsi dengan korang semua. Aku ni seorang yang suka sangat pakai heels or wedges . Sebab korang kalau tengok aku ni memang rendah. Jadi nak bagi setaraf dengan model memang tak dapat. Jadi cara mudahnya kena pakai heels or wedges jela.  First time aku mula pakai heels lepastu keja nak jatuh ja. Bila jalan cat work la sangat sebab tu ter over cat work tertonggeng jawabnya. Hihihi.

Tapi tu dulu sebab kalau pakai heels semedang jalan nak jatuh ja. Bukan sekali ja jatuh. Ni dah kira banyak kali. Time belajar ja pakai. Lepastu tak sebab perkeliling tempat aku belajar tak bagi dah. Dia cakap pelajar ni over sangat kalauh pensyarah. Jadi low nya kena pakai 1 inci ja.

Lepas belajar tu aku belasah pakai wedges pulak.  Aku pakai time keja, pi pasar, mana-mana jela. Melampau kan. Janji tinggi. Akibat gila-gila nak tinggi tumit kanan aku ni dia sakit sangat. Macam menyucuk-nyucuk. Aku dah try tanya semua orang diorang cakap berat aku ni tak sesuai dengan tinggi la, aku ada masalah tumit la macam-macam la. Bila tekan je sakit.

Vken Sock

Jadi member aku syorkan benda kealah ni. Vken. Dia ada macam-macam knee pad, wristlet, sock, vest (singlet), cap, v-multiple ,v-private, dan v-pilot. Produk ni keluaran daripada syarikat MBX International Holding Sdn Bhd




Fungsi Vken Ultimate Energy ni dia membantu menenagkan, melegakan, membaiki, membuag, meremajakan, memulihkan dan detox. Okey, nampak tak banyak "M" dekat situ. 
Penyembuhan dan pemulihan adalah sangat berkesan dan dilakukan secara semulajadi melalui Sinar Inframerah Jauh (SIJ) dan juga ion negatif yang terdapat dalam produk-produk Vken. SIJ ni membantu melegakan tisu lembut yang rosak dalam badan kita.

Masalah Penyakit Yang Boleh Digunakan

Kencing manis . Darah Tinggi . Sakit Bahu . Sakit Belakang . Artitis . Artitis Lutut . Pengherniaan Cakera Spina . Varicose Veins . Deep Vein Thrombosis (DVT) . Stroke . Gout . Migraine/Stress . Insomnia . Tiredness/Fatigue . Smoking . Carpal Tunnel Syndrome . Asthma


Sarung kaki ni dia lain sikit sebab tebal kalau pakal memang nampak sebijik macam oarang nak pantang. jadi ni sarung kaki nye. Yang dekat atas tu kawan aku cakap bila kita buat macam tu sarung kaki tu dia jadi menegak tak lembek. Aku balas balik la. "memang tak jatuh la kan, sebab tebal, apa la" dia nak tingtong aku pulak time tu. Hihix.





Jadi mak aku pun dah try Vken ni sebab dia memang ada masalah sakit-sakit kaki ni. Jadi dia cakap sedap pulak pakainya sebab tak letih bila bangun pagi tu.  Tapi kena banyakan minum air. sebabnya badan kita akan kekurangan air, rasa dahaga je.Kira bila kita beli sesuatu tu mesti nak hasil yang baik kan. Takkan la beli-beli tak jadi apa-apa. memang aku serang company tu. Sebenarnya benda ni mak aku yang pakai. Bila aku nak cuba dia cakap bagi orang tua ja pakai. hang tak sakit apa pun.Time aku nak sarung kat kaki mak aku cakap hilangla power sarung kaki tu sebab kongsi. Idok maknanya. Jadi aku pakai bila mak aku tak pakai ja.





Jadi korang yang ada masalah macam aku ni boleh la try, test, cuba yeee.. 

Kalau la korang nak tahu penerangan lebih lanjut tentang produk di boleh baca dekat sini.Vken. Jadi tak best la kalau nak beli sesuatu benda tu tak de rujukan. Jadi korang kena tanya dulu, rujuk doktor kalau nak guna sesuatu produk kesihatan. Takut tak sesuai dengan pengguna.

See you next entry "))
mmuahhhh ;*




2 comments: