Wednesday, May 11, 2016

SkyTrex Extreme

Assalamualaikum :)


Sihat semua?? Hopefully sihat na. Dah dekat sebulan tak memblog ni rasa nak cerita pengalaman aku naik Sky Track. Expectually, aku nak merasa sesuatu mencabar dek meningkat usia. hahak. Before nak married, nak cuba benda yang mencabar sikit. Nanti kalau dah kahwin. Mesti susah nak bergerak.
Bak kata orang laki sayang bini, duduk kau di rumah.


Dalam bab jalan-jalan ni aku lebih prefer member aku time belajar dulu. Jadi aku mesej la geng-geng bujang terang tamg-tang yang duduk dekat area Selangor or Putrajaya.


 yang comel tu aku, si Syana, Fiqa dan Nisa. Empat ketul ni je yang bujang terang tong- teng yang berjaya.

Aku siap decide dengan si Syana kita ni nak challengers mana ni. Jadi membe ak ni decide. Kalau nak pi sekali seumur hidup ambil yang Extreme Challengers. Kira yang paling hebat la ni. No Big Thrill or Little adventure. Elok sangat la cousin hakak kerja part time dekat situ. Dia siap cakap ramai yang kerja part time situ. Doktor pun ado. Aku mula-mula nak krik..krik.. juga time dia cerita. Jadi aku percaya je.


Korang kena tau aku ni special pelanggan yang paling teruk. Udah la datang lambat. sampai orang yang handle kena tunggu. Yela membe aku sorang tu siap pi kenduri membe dia. Hahah. Kenyang dia makan nasi minyak. Lepas tu naik sky trex pakai makeup. Seronok monyet - monyet atas pokok tu nampak awek cun. Tapi kami ni member yang setia tunggu sampai berjanggut nak naik sekali.
 Susah o dapat kawan macam kami ni. (Bangga sekojap)

video



Perkara pertama korang rasa takut main benda ni fliying fox. Aku nak cakap dekat korang yang firt time tu. Memang berdebar-debar gila. Tapi lama-lama korang akan ternanti-nanti fliying fox. 



Agak kelabu. Haha. dan semestinya memang tak nampak. korang boleh rujuk kat sini  Extreme map & challengers 

Bagi aku, siapa-siapa yang nak hilangkan stress and kuruskan badan. Yang penting sihat. Boleh la datang sini. seriously tak rugi mana. Peluh pun keluar basah satu baju. Jadi aku shared sikit gambar aku atas pokok yang dibantu cousin aku yang setia menjadi photographer tak bertauliah. Thank you so much Choc @ faiz.




Cantik kak akak atas pokok. Menjerit atas pokok bersama kawan-kawan baru tu. sejibun kau tahu tak.


Kasi peace sikit kat camera na!!

 Haa itu la sepupu aku. Kalau korang jumpa dia cakap aku kirim salam. Nga..nga..nga..


Kacewa tak dak gambar dekat sini. Yela aku peserta last sekali kerja nya tangkap gambar diorang. Mana cousin aku tah la.



Senyum :)


Korang tengok kan semua pic aku ni. Mesti korang nak booking pi masuk and pi main sekali.


See atas pokok line laju. Mesej dulu.

Nasihat aku kepada korang. Nak naik ni kena semangat. Korang kalau ada geng saiz besar korang jangan duk judge dia tak tera na. Sebenarnya diala yang paling semangat. 

Sky Trex Shah Alam.
Korang boleh ke website yang aku beri kalau nak beli tiket secara online. Selain itu korang boleh walkin kesana. Terpulang kepada korang.

Jumpa korang di extreme yang lain. See you ;)

Assalamualaikum w.b.t

5 comments:

  1. SYoknyee dapat buat xtvt cmni..

    ReplyDelete
  2. syokla dpt join aktiviti extreme

    ReplyDelete
  3. Aktiviti ni menarik! Dah lama teringin nak pergi tapi tak pergi lagi. Bestnyaaa tengok!

    ReplyDelete
  4. Mmg best g sini.. Semput Reen. Hahaaaa entry Reen di Skytrex http://reenri.blogspot.my/2016/04/skytrex-adventure-taman-botani-shah-alam.html?m=1

    ReplyDelete