Monday, July 11, 2016

Atasi Jem Ketika Perayaan

Assalammualaikum :)



Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Maaf la aku tak sempat nak buka blog. Sebab buzy sesangat time puasa. Dengan event sana sini. Nak - nak pula persiapan balik ke kampung.
Oh lupa pula aku baru-baru ni ada buat giveaway untul Flora mask. Kalau korang tak perasan boleh buka ke link bawah ni.

Giveaway Flora Mask

Okey giveaway ni dah lama. Tapi kurang sambutan. Tapi aku akan umum dalam masa terdekat ni. tak pa janji ada pemenang.

Okey. Tutup cerita pasal giveaway ni. Aku nak cerita pasal banyak-banyak pengalaman korang dan aku balik kampung dalam keadaan Jem yang membosankan. Aku baru masuk kerja hari ni. Dengan pakai baju tak berapa nak elok tudung tak bergosok. Aku okey je. Tapi orang kiri kanan aku tak okey.Hahax.

Aku orang Taiping. Sapa orang Taiping Say Hiiiiiiiii!!!
Kalau korang tahu tradisi balik kampung dengan jalan jem yang tak dijangkakan memang tiap tahun berlaku. Contohnya kau habis kerja Jumaat, Jadi kau nak elak jem kau balik sabtu. Aleh-aleh sabtu jem gila. (Aku baru perasan orang Perak ni semua nak guna perkataan GILA dekat belakang). Jadi apa yang tak dapat dijangka dengan Jem tu memang kita tak tahu. 


Tapi better la korang balik seminggu lebih awal. Haha. (Banyak cuti korang). Bagi aku la balik lebih awal dan pulang ke destinasi kerja lewat dari hari biasa orang balik. Contohnya kalau budak sekolah masuk asrama sabtu dan ahad. Korang balik Isnin or selasa. Tambah la cuti. 


Kalau korang rasa sayang cuti korang nak jugak balik ahad tu. korang gerak la pukul 6.30 pagi lepas subuh. Senang! Time tu ramai anak-anak tau lepas solat tarik selimut nak tidoq balik. Jadi diorang buat malas nak mandi awal. Sebab tu la ramai yang gerak tengah hari. 


Bagi aku perjalanan jem balik ke kampung lebih seronok daripada perjalanan dari kampung nak balik ke tempat kerja. Ni disebabkan perasaan nak balik raya nak main bunga api, bakar lemang, pasang langsir tu ada. Paling best bila time perjalanan nak berbuka. Memang aku dengan family buka tikar dekat tepi jalan. Hope sapa yang balik raya masak la dulu sebelum singgah R&R. Sebabnya bukan seorang dua yang beli makanan ramai. Jadi takdak la berebut-rebut.


Tapi yang leceh bila nak balik ke destinasi kerja. Sebabnya kau hadap jem esok tu kau nak kerja, kau nak hantar anak pi asrama. Kau nak dobi baju kau. Apa kau rasa. Mesti letih. Hahaha. 



Jadi dalam perjalanan korang tu aku harap tak jadi macam aku. Aku bukanla seorang penyabar. Dosa aku duk carut time jem. 


Tu jala. Selamat pulang ke tempat kerja ya..
Selamat Rari Raya :)




2 comments:

  1. tau takpe, semalam bertolak dari johor ke ipoh sepatutnya sampai dalam pukul 5 tapi akhirnya sampai pukul 7 lebih sebab jem teruk benor. Selamat Hari Raya dear :)

    ReplyDelete
  2. Nasib kampung kita dekat je. Sejam dari rumah hehe pagi raya jalan pun kosong. Tak dapat nak merasa jammed musim perayaan :p

    ReplyDelete