Monday, January 27, 2014

100 Doraemon Secret Gadgets Expo



Ala selalu sangat aku lambat update. Sedih betul la. Orang dah naik flight aku je lambat. Ni aku nak Tanya korang la kan. Mesti pernah dengar pasal 100 Doraemon Secret Gadgets Expo. Program ni dah lama diorang start dah dalam 14 Disember 2013 dan berakhir 23 Mac 2014.
          Jadi aku nak kongsi kepada mereka yang gemar dengan cartoon ni dan suka sangat melancong tapi tak ada planning nak berjalan ke mana. Jadi, korang semua bolehlah pi melawat tempat ni. Jikalau semua inginkan suasana di Jepun bolehlah jenjalan kaki ke sana ye.. Haha
Untuk tahun melawat Malaysia 2014, program ni telah disokong penuh Malaysia Truly Asia dan Visit Malaysia 2014.Merupakan EXPO 100 Doraemon Secret Gadgets Expo di Viva Shopping Mall di Asian Tenggara dan mungkin akan menarik pelawat yang ramai pada tahun ni untuk berkunjung ke expo tersebut…mana nak tau kan. Dah pi ke belum EXPO tu? Aku pun tak pi lagi. Kalau ada rezeki memang nak berlibur ke sana.
Selain daripada tu boleh la korang tangkap gambar dengan patung-patung yang cuit miut dalam animasi tu yang semestinya watak utamanya Doraemon, Nobita, Gaint, Sizuka dan Suniyo.
Doraemon Secret Gadget Expo

Kadang-kadang datang jugak idea budak-budak nak pi sana. Tapi apakan daya tak da teman nak diajak. Kalau semua nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh usha dekat web site dia 100 Doraemon Malaysia ataupun follow la dekat facebook 100 Doraemon Official . Huhu sape yang nak bawak aku ni.

Nak yang paling cepat dapatkan tiket bolehlah dibuat secara online di myTicket harga telah ditetapkan kepada RM25 untuk dewasa dan kanak-kanak sebanyak RM15.
Book Tiket Di Website Ini Klik Here

Lokasi : Viva Home EXPO Hall, Kuala Lumpur

Tarikh : 14 Disember 2013 Sehingga 23 Mac 2014

Organisasi : Animation Internasional (M) Sdn Bhd

Apa lagi! Mai pakat ramai-ramai kita serbu Viva Home Expo Mall. Selamat bercuti di Malaysia. Hihi ..


5 comments:

  1. Replies
    1. Zack nak ke..kalau nak beli le...tapi dkt situ x jual pintu besar....Zack cari dekat IKEA.. Hihi

      Delete
  2. kalau ada anak2 kecil seronok gak dtg sini..anak2 dah besar ni tak minat dah doraemon ni..good info dear..

    ReplyDelete
  3. fans doraemon dari kecik sampai sekarang tapi takde geng nak pergi . huhu jom pergi ?

    ReplyDelete