Apakah itu istiqamah?
Pernahkah anda ingin berubah kepada sesuatu yang baik tetapi tidak
tercapai ataupun susah?
Daripada Aisyah r.a, Nabi SAW bersabda : “Wahai manusia lakukan amalan
mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.
Amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya sekarang nak berubah menjadi lebih baik tepi ada ja halangan
yang datang. Semuanya datang dari hati ni. Pendirian tidak tetap. Bila dah
start pakai baju yang tak fit esok lusa mesti teringin nak pakai baju yang fit.
Sebab bila pergi kerja pakai sopan-sopan bila luar kerja nak berfesyen. Susah
kan nak tetap pendirian.
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh
ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa
ragu. Ianya bukan mudah dilakukan, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan
sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk
mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk
mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang ingin pertahankan itu
bukan kegemaran ramai ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai.
Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian.
Ini bukan saya.. kihkih |
Contoh dari saya sendiri, bila dah pakai baju yang sempurna ada sahaja
mulut yang akan cakap “awatlah alam sangat hari ni”.. “labuhnya tudung”. Jadi
dalam hati ni mesti ada rasa segan malu tak bertempat walaupun dah buat baik.
Firman Allah swt.
“Sesungguhnya orang-orang yang
berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka
istiqamah (tetapi teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada
mereka dari semasa ke semasa (dengan member ilham) : “ Jangan kamu bimbang dan
janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan
beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
“Kamilah penolong-penolong
kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada
hari akhirat apa yang diinginkann oleh nafsu kamu serta kamu akan beroleh pada
apa yang kamu cita-citakan mmendapatkan. (Pemberian yang serba mewah itu)
sebagai sambutan penghormatan daripada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. Dan tidak ada amalan yang soleh sambil berkata “Sesungguhnya aku
adalah daripada orang-orang islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)
(Suruh Fussilat ayat 30-33)
Jadi sesiapa yang ingin berubah janganlah terlalu memaksa diri. Mula
secara perlahan-lahan. Sebab banyak cabaran yang berada di sekeliling anda.
Jadi sabar ye semua. Semua Istiqamah anda diterima Allah swt.
Istiqamah.. ye Istiqamah.. jgn dilayann mulut org sekeliling.. kalau dia nak buat cara dia, ikut dia je lah.. biar kita dgn istiqamah kita :)
ReplyDeletegood luck.. bukan senang nak istiqamah ke arah kebaikan.. tapi hasil yg akan dapat sangatlah lumayan tak ternilai harganya..
serius.. sgt jeles dgn org yg mampu istiqamah TT^TT sebab masih fikirkan keutamaan duniawi.. huhu..
Good luck again :D
Istiqomah itu satu jihad...In sya Allah...kena fokus dan sentiasa mohon kekuatan dariNya...
ReplyDeletePesanan buat akak juga ni...sedang cabar diri selama 90 hari ni...Doakan ya...:-)
istiqamah tu ada kaitan juga dgn kuasa fokus...so fokus..fokus apa yang kita nak..insyaallah kuat lah kita jugak...sama2 kita menjadi lebih baik ye...
ReplyDelete