Friday, October 17, 2014

30 Orang Pertama Dalam Islam

Assalammualaikum wbt.

Okay kita kongsi sikit beberapa ilmu hari ini.
Selalunya anak-anak makin belajar makin pandai jadi. Bab-bab sains mesti expert kan. Bila tanya orang pertama yang mencipta telefon ??? Terangkat-angkat tangan boleh jawab. Alexender Graham Bell.. Gooddd....


Erm.. kalau orang pertama yang menulis Bismillah??? Ha.. cepat..cepat. (ternganga kejap) Sebab aku sendiri pun tak tahu. So, kalau anak-anak pi tanya ibu-bapa mesti terkebil-kebil mata diorang nak bagi jawapan.

30 Orang Pertama Dalam Islam

1. Orang yang pertama menulis Bismillah iaitu Nabi Sulaiman AS.

2. Orang pertama yang minum air zamzam ialah Nabi Isa AS.

3.Orang pertama berkhatan Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberi pakaian pada hari qiamat ialah Nabi Ibrahim AS.

5. Orang pertama dipanggil oleh Allah SWT pada hari qiamat adalah Nabi Adam AS.

6. Orang pertama yang mengerjakan saie antara Safa dan Marwah ialah Sayyidatina Hajar.

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari khiamat adalah Nabi Muhammd SAW.

8. Orang pertama menjadi khalifah islam ialah Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang pertama yang menggunakan tarikh hijrah ialah Umar Bin Al-Khattab.

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam islam ialah Al-Hasan Bin Ali RA.

11. Orang yang pertama pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW ialah Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam islam dari kalangan lelaki ialah Al-Harith bin Abi Halah.

13. Orang pertama yang syahid dalam islam dari kalangan islam kalangan wanita ialah Sumayyah Binti Khabbat.

14. Orang pertama yang menulis hadis di dalam kitab atau lembaran ialah Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash.

15. Orang pertama yang memanah dalam perjuangan fisabillah ialah Saad Bin Abi Waqqas.

16. Orang pertama yang menjadi muazzin dan meluangkan azan ialah Bilal Bin Rahbah

17. Orang pertama yang sembahyang dengan Rasulullah SAW ialah Ali Bin Abi Talib.

18. Orang pertama yang membuat minbar masjid Nabi SWA ialah Tamim Ad- Dary.

19. Orang pertama yang menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah ialah Az-Zubair Bin Al-Awwam.

20. Orang pertama yang menulis sirah Nabi Muhammad SAW ialah Ibban Bin Othman Bin Affan.

21. Orang pertama yang beriman kepada Nabi SAW ialah Khadijah Binti Khuwailid.

22. Orang pertama yang mengasaskan usul fiqh ialah Imam Syafei RH.

23. Orang pertama yang membina penjara dalam islam ialah Ali Bin Abi Tholib.

24. Orang pertama yang menjadi raja dalam islam ialah Muawiyah Bin Abi Sufyan.

25. Orang pertama yang membuat perpustakaan awam Harun Ar- Rasyid.

26. Orang pertama yang mengadakan Baitulmal ialah Umar Al-Khattab.

27. Orang pertama yang meghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW ialah Ali Bin Abi Thalib.

28. Orang pertama yang membina menara di Masjidil Haram Mekah ialah Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang pertama yang digelar Al- Muqry ialah Mus'ab Bin Umair.

30. Orang pertama yang masuk ke dalam syurga ialah Nabi Muhammad SAW.


_faham tak_faham tak_(mesti kena faham jugah)

tQ

2 comments: