Assalammualaikum.
Hai. Pernah tak di dalam hidup korang mengalami mimpi yang sama dengan
seseorang. Jika aku cakap dengan seseorang perkara ni boleh menjadi mustahir.
Eh, tak masuk dek akal la. Mana boleh. Kau biar betul. Itu pertanyaan yang akan
diterima.
Kisah
ni berlaku sewaktu aku berumur 5 tahun. Haa.. lagi la tak percaya kan. Mostly
aku bukan jenis pelupa tentang sejarah kecil-kecil aku. I’m still remember.
Waktu tu aku tido petang sama dengan akak aku yang tengah. Biasanya budak-budak
ni bila ada masa mesti tidur petang. Nak dekat senja berambat satu kampung. Waktu
tu aku tinggal dekat Pasir Salak. Mak aku jururawat dekat klinik desa tu.
Situasi
imiginasi mimpi aku ni aku bermain dengan kawan-kawan kampung dekat halaman
rumah aku je. Waktu tu ada seekor gorila besar datang kejar kami. Okay, stop
gelak. Sebab aku tau korang akan gelak dan cakap tentang aku.
Gorila
tu Berjaya tangkap akak aku yang sulong dia bawa lari akak aku ke atas pokok
limau dekat rumah aku tu. Disebabkan terlalu panik aku menangis-nangis dengan
akak aku yang tengah nak akak aku balik. Tapi tak Berjaya.
Tiba-tiba
aku tersentak dari tidur sama dengan akak aku yang tengah tu. Jadi aku dengan
akak aku yang tengah berlari keluar rumah dalam keadaan bertolak-tolak. Bila
sampai ke pokok limau aku tengok tak ada apa-apa yang jadi.
Satu
persoalan yang terkeluar dekat akak aku. “awat hang lari keluar” jadi aku cakap
la “ ada gorila tangkap intan. Dia bawak lari naik atas pokok limau”. Akak aku
cakap tu mimpi dia hang tiru mimpi aku. Waktu tu aku cerita dekat akak aku yang
tengah tentang mimpi aku dan kami mengalami mimpi yang sama.
Di
akhir penyudahannya, aku dengan akak aku bergaduh nak betulkan mimpi yang kami
alami. Sebenarnya akak aku yang sulung dia baru balik dari mana entah aku tak
ingat. Tapi kami cerita balik tentang mimpi kami. Nak tau responds dia. Sangat
menyakitkan hati. Dia buat tak endah je. Menyesal sangat-sangat. Hahaha.
Korang tahu aku seorang yang suka berangan-angan. Dan aku sedang mengejar angan-angan aku ni supaya menjadi kenyataan.
Hye
you all. Jika mempunyai cerita menarik sila linkkan di comment saya. ^_^
Tak mustahil utk terjadi. Saya sendiri sudah bertahun2 berkongsi mimpi yg sama dgn seseorang. Ini betul terjadi dan setiap satu mimpi itu masih saya ingati sehinggalah ke hari ini. Untuk masa akan datang, saya masih ternanti-nanti adakah akan diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi mimpi dgnnya lagi. Sesungguhnya saya sangat2 menghargai nikmat yg satu ini. Alhamdulillah.
ReplyDelete