Monday, April 18, 2016

Mom blood

Assalamualaikum


Tajuk cerita yang aku post nampak macam menyeramkan. Kalau imbas baca balik macam something berlaku dekat mak aku. Sebenarnya tak pun cerita ni tentang pengalaman Donate Blood dalam bahasa melayunya derma darah. Actually, aku dah banyak kali cuba nak derma darah. First time sekolah menengah lagi. Cubaan pertama aku tak berjaya. Pak Doc cakap darah aku kurang kau orang akan dengar Hemoglobin. Time tu kecewa la sesangat. Yela akak aku yang second dapat derma darah dia. Siap Doktor cakap banyak darah ni. Kalau nak ambik dua beg ni boleh je ni. Haha. Korang jangan terkejut. Pak Doc melawak je. Syaratnya satu beg SAHAJA!


Tahap kecewa aku tu menjadi lagi bila time makan mak aku tanya aku. Darah adik, darah apa? Aku siap cakap darah apa?? Yela, Time nak derma tu mesti doktor periksa sekali jenis darah. Aku pun dok alohh. Tak terinagat pulak nak tanya Pak Doc. Akak aku yang tengah tu darah abah aku. Siap aku gelak lagi. Haha darah abah. Apa barang! Jahat tak, jahat tak.

Sebenarnya, darah antara mak ataupun abah bukan menjadi masalah. Disebabkan aku and akak aku membesar dengan mak. Jadi benda tu boleh jadi gaduh antara kami.HAHA. Korang yang berada dalam keadaan keluarga aku ja tahu maksudnya.


Waktu ni aku buat pemeriksaan tekanan darah. Nak tahu BMI, usia umur dalam badan. Tahap gula dalam badan. Alhamdulillah, cek punya BMI normal. Tapi Doktor cakap lemak dalam badan terlalu banyak. Aduh, bila fikir balik aku ni siap diet bagai tapi lemak masih banyak. Aku rasa ni lemak tepu yang degil sebab diet tak reti-reti nak excercise. 


Nak buat macam mana pi kerja balik kerja. Time balik letih duduk ja. Tak de masa nak gelek-gelek pinggang sendiri. Dulu ada je geng Kak gayah nak pi jogging sambil cuci mata. La ni kalau ajak member haromm nak jogging. Kalau ajak pun kerja duk gosip ja sambil jalan. Aku rasa time tu mulut aku ja kurus. Sekali pahala aku kurus.  Besala sambil jalan bawak kopi sekali. 


Sebelum nak kena cucuk dengan jarum yang besar tu aku peace-peace dulu semua orang dekat situ. Gagah diorang duk ambik gambar. Gambar yang menampakkan bugerdill aku tu berlapis-lapis.


Sebelum  tu lagi duk bergambar lagi. Semua bajet-bajet seronok nak derma darah. Korang cari la aku dalam gambar tu kalau dapat. Pemeriksaan jenis darah sesuai atau pun tidak di bahagian ni. Jadi aku pun dah tahu yang aku ni darah "B". Siap snap picture send dekat group Family. Aku siap cakap uit-uit-uit aku darah B. Hang darah mak wei. Yeke. Dengan bangga diri aku cakap tengok ar anak sapa??


 Time ni aku lengah-lengah kan akak nurse ni. Kita sembang-sembang dulu. Kita ambik feel.

Kali ke dua aku nak derma darah dulu doktor cakap darah aku cair dan boleh dikenali sebagai Anemiea. Patut la aku ni cepat rasa pening je.


 Aku rasa lepas dia cucuk aku dengan jarum kedabak tu. Darah aku banyak rasanya tak sampai 10 minit dah penuh. Kawan aku siap duduk menyakung dekat beg darah aku tu.

                           Friend: Ni darah kak ke?
                           Aku    : Tak la. Darah abang sebelah kak ni. 
                                   (Rasa nak seligi je. Harus la darah aku. )
                           Friend: Lajunya darah kak keluar. Ush..ush..
                          Aku   : Biasalah penternah darah berjaya. Siap angkat-angkat                                                   kening.



Time ni syok la sebab Dato' Seri Idris Jusoh pun datang bergambar sekali. Biasalah kerja bawah Kementerian dia. Harus la turun padang.Terkejut akak-akak and abang-abang yang nak ambik darah. Itu diantara darah tak terleluar atau boleh dapat satu baldi. Haha. ;)


Siap Dato; Sri pergi dekat penderma welfie bagai. Gila kau tak sporting. Bagi aku bagus ada leader yang macam ni. Jangan ada yang cenger dah la. Semua orang takut.kihkih.

Kalau korang yang pernah menderma mesti korang dapat buku merah. Tapi ni bukan passport tau. Ni buku derma darah. Sesiapa yang pernah derma darah mesti dapat buku ni. Selamatlah time habis pogram aku tak kad derma aku tu dalam tong sampah. Kalau tak memang tak jumpalah. Sebab duduk pegang dengan kertas-kertas artikel yang tak berfaedah time jualan masa tu. Biasalah aku ni seorang yang cuai jugak.

Jadi dengan bangganya aku berjaya menjadi salah seorang penderma darah kepada yang memerlukan. Diharap korang juga jangan lupa ambil peluang untuk derma darah dan bantu mereka yang memerlukan. Kalau korang nak derma darah boleh rujuk Pusat Darah Negara dekat sini. Korang dapat tengok lokasi dan masa kempen dijalankan.



Mai pakat ramai-ramai derma darah.

Assalam dari penderma yang pertama. Peace yoo!!

3 comments:

  1. Saya belum dapat mengatasi rasa takut nak derma darah huhu :(

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe. tak pun. mula2 takut la. Lepas tu tak de rasa apa pun.

      Delete