Assalammualaikum ;)
Rasanya pada bulan ni aku nak buat banyak aktiviti yang boleh menyihatkan badan and have fun dengan kawan-kawan. Aku selalu juga post vedio or gambar aku dekat facebook or insta. Kalau selalu tengok komen kawan sendiri kadang-kadang sakit hati kadang-kadang hati berbunga-bunga gedik gituw.
Ada kawan sekolah aku tu tak abis-abis "wah cun nya dia" aku post ja, yang tu dia duk up sangat. Time tu aku balas komen "Sape-sape, orang sebelah kite ke". Tak kan aku baj cakap aku kan. Mau yang member lain muntah hijau.
Peluang yang ada aku join sedikit sebanyak aktiviti dekat Putrajaya ni. Yang baru lepas 14 Mei 2016 sempat join Fun run dekat Taman Botani. Kalau yang orang tahu tajaan utama adalah Air Asia. Jadi dia bagi free kepada sesiapa yang nak ikot larian tu.
Dalam erti kata lain kalau dapat free baju pun limited la ye. Time tu aku fikir nak ambik baju pukul berapa. Gagah jugak pi hantar by hand sebab nak tanya..
KBS tu pukul berapa nak ambik baju?
Nak berkumpul mana?
Boleh tak nak ambik baju dekat kawan?
~ mudahnye jawapan krew tu. Sapa cepat dia dapat. Tak boleh kak nak ambik dekat member. Sebab takut member tak datang.~
Jadi peserta-pesetra yang hantar borang akan dapat kit.Kegunaan Kit ni untuk ambil baju, bit, pisang (kot-kot tak sempat nak makan)
Time tu aku cakap dekat akak tu. "OK Kak sebelum subuh saya terpacak dekat sini dengan telekung-telekung saya pakai". " Boleh tak kak". Gelak la cik kak tu dengar loyar buruk aku tu.
Aku decide nak gerak pukul 6 pagi ambik member aku dulu dalam 6.15 sampai Taman Botani. Korang kalau ada yang sedar member aku yang duduk Sepang dah sampai lebih awal. Gila betul diorang ni. Bawa bantal dengan toto ka tido sana. Tu pun diorang cakap dah ramai orang. Amboi semangat nak lari ka nak dapatkan baju ni??
Selama berkhidmat dengan gomen aku ada dua family. Yang pertama bahagian sumber dan kedua bahagian biasiswa. Kalau yang atas ni bahagian sumber. Orang cakap dah jadi family sendiri. Aku pun confius sangat-sangat nak pi belah mana.
Yang muda-muda ni bahagian biasiswa. Jadi aku bergambar dua-dua. Haha.
Hanya sesiapa sahaja yang pernah datang ke Taman Botani Putrajaya je tahu macam mana laluan dalam tu. Dah la peserta kemain ramai. Nak lepaskan peserta tu kalau 500 meter tu baru la rasa ada lari sikit, Haha. Kalau tak memang berjalan je.
Bommerang jap perasmian larian Fun Run 2016
Wakyu ni peserta dah dilepaskan untuk mula larian. Tapi kami sempat welfie lagi.
Kalau nak tahu larian ni tak dapat madel pun. Siapa menang dapat tiket percutian luar dan dalam negara. Erm .. tapi kan hakak menang fun. Haa. Setiap larian ada check point yang kita nak kena kumpul.
Untuk check point pertama tu nak ambik punyalah susah. Sampai berhimpit-himpit. Time tu memang tak puas hati. Sebab dah la lari nak tersemput-semput lepas tu berhimpit-himpit nak ambik benda alah tu. Siap apa lagi siap ambik yang jatuh-jatuh time lari tu. Kalau tengok macam orang kebuluran nak dapat makanan. hahax
Tapi aku lari dengan member aku yang aku selfie ni dia ni semangat wajar lari. Siap tolong kutipkan check point dekat kawan-kawan. Kalau aku tak dapat dia dapat. Kalau kawan lain tak dapat aku tolong ambil kasi diorang time jumpa tepi jalan tu. Gigih now time tu.
Habis larian benda ni la kami dapat. Kenyangg. Erk..
Selamat la ada abang Milo ni bagi free milo sejuk dekat kami. Mau cari air sejuk memang tak dapat. Milo..milo la ye.. Seorang dapat dua cawan. Nak rajin beratur la banyak kali. Bercawan-cawan hampa dapat.
Ada artis jemputan yang diundang seperti Lan Typewitter, Haiza cool FM dan seorang lagi aku tak tahu. Sebab dah balik. Sapa-sapa dapat jawab bagi tahu aku.
:):):)
Dapat jugak la gift dari tak de kan. Dan aku rasa lemak aku dah berkurang berkilo-kilo. Kalau nak habaq memang best join larian ni. Korang yang active sport ni kalau nak tahu tarikh larian dalam Malaysia ni boleh la pergi ke web site ni:
Bubye semua. ;))..
best juga sertai aktiviti macam ni kan..saja seronok2 sihat pun dapat, kalau bertuah boleh dapat hadiah kan, tapi kena gigihlah berlari
ReplyDeleteSaya pun duk gigih cari waktu nak join aktiviti kalau ada. hehe
DeleteSeronok join aktiviti camnie. Siqah tak pernah lagi join. Tak bekesempatan :( dapat bayangkan lari kat taman botani putrajaya. Stamina kena kuat tu. Lagi best bila lari dengan kawan2..
ReplyDelete