Bahan - Bahan:
600g Keledek putih, merah atau ungu
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Serebuk Penaik - Nak bubuh pun boleh. Hanya secubit
Bahan untuk sira:
1/2 cawan gula
1 cawan gula
Firstly, basuh terlebih dahulu ubi keledek dan rebus rehingga ubi menjadi lembut. Sis sarankan tak perlu kupas pun tak apa. Sebab nanti nak buang kulit senang sangat.
Sis saja guna ubi keledek warna purple. Selalunya orang guna warna oren kan. Kali ni kia try lain daripada yang lain. Takpe sama je. akhir-akhir jadi cok keria.
Lenyekkan sehingga hancur.
Yang ni tak wajib bubuh. Kalau gatai macam sis boleh cuba. Kot-kot kembang besar pinggan. (Mohon jangan percaya)
Masukkan tepung gandung. Gaulkan sekali. Jangan terlalu banyak. Nanti kuih menjadi keras. Gaulkan sehingga ubi tidak terlalu melekat di tangan.
Yang ni setelah selesai diuli. Selepas itu bentukkan menjadi bulat. ikut sebesar mana kuih yang kita nak buat.
Comelkan. Yang ni kecil je sis buat sebab sis buat semata-mata nak merasa jadi ke tidak warna purple.
Kemudian goreng seperti biasa.Jangan buka api terlalu kuat. Risau hitam kuih korang.
Selepas digoreng. Haa. jangan terkejut warna hitam. Kan sis guna ubi purple
Salutkan dengan gula
Kemudian sediakan satu kuali. Masukkan gula di dalam kuali dan sedikit. Korang kena pastikan gula mesti melebihi daripada air. Kalau kurang gula akan bertukar menjadi gula hangus.
........................
Pastikan anda masukkan adunan yang siap kedalam kuali dan pastikan sentiasa gaulkan sekali. jagan biarkan tidak bergaul. Jika tidak digaul. gula berkemungkinan akan cair menjadi gula hangus.
Okey dah siap untuk dihidang. Emm. Sis pun tak sabar-sabar nak makan.
Selamat mencuba. Kalau tak faham boleh DM sis.
:)
Assalamualaikum..
Sedapnya! Memang my fav ni =D
ReplyDelete