Saturday, April 26, 2014

Sentuhan Karya Siti Rosmizah Part 1

Assalamualaikum.

Siapa yang tak kenal dengan penulis Siti Rosmizah. Kepada sesiapa yang gemar baca novel mesti sudah mengenali beliau walaupun ada yang tak pernah berjumpa penulis tersebut. Kalau nak tahu Ierah merupakan peminat setia bagi penulis ni. Walaupun tahk pernah jumpa. Huhu. Bagi Ierah apa yang menyebabkan sangat sampai Ierah memilih beliau sebagai penulis favorite adalah sentuhan yang diberi di dalam penulisanya sehingga dapat memberi kesan kepada pembaca. Jangan salah anggap pulak. Ierah tak cakap yang karya penulis lain not bad. Banyak yang best. NurHayati Ibarahim, Ramli Awang Mursik, Aisyah Sofia banyak la. Mereka pun penulis terbaik.


First apa yang Ierah suka dengan karya Siti Rosmizah ni :-
Jalan cerita yang tak mendatar atau melerek. Jadi banyak idea yang memberi impact kepada pembaca nak teruskan membaca. Macam ni je korang akan cakap ape ye nak jadi lepas ni..ish cepat la abisss.. cerita dia pun bersangkut dengan emosi pembaca.. suka, sedih, marah nak tergelak sampai tergolek – golek.. ke aku sorang je yang macam tu.

Ierah akan sediakan sinopsis dan lagu yang ada dalam novel tu ye..


Novel Andai Itu Takdirnya

Memang first novel yang Ierah baca. Sedih sangat citenye. Dah rasa time tu hilang laki je. Hahahax. Agak melampau ye.



Sinopsis


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."(less)


Cinta Embun Pagi - Azean Mazwan Safuan





Novel Cinta Kau dan Aku

Novel ni dah ada drama dalam tv tahun 2013. Kalau korang tengok la ye..




Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang.

Bibit - bibit itulah membuat Faish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish.


Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran.


Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya. Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.


Cinta Kau Dan Aku




Romance - Ku Ingin Kamu


Nora - Renungan Terakhir



Kalau korang ada yang dah baca mesti tahu kan cite ni memang best. Okey ape-ape pun tak SELAMAT MEMBACA ^_^

No comments:

Post a Comment