Monday, October 24, 2016

Meriahnya Bukit Broga

Assalammualaikum.


Sekian lama nak cerita tercapailah hasrat sis nak mendaki Bukit Broga Semenyih. Selama sis bekerja di Putrajaya. Memang berhasrat nak naik Bukit Broga. Since, starting kerja 2013. Tapi dengar pasal Bukit Broga ni dari tahun 2014. Walaupun member ajak naik. Memang ada niat nak naik. 


Hilang Segala Rasa..


Tapi banyak pulak problem. Kejap nak balik kampung, kejap nak pegi sana. Kejap nak pegi sini. Until awal tahun 2016 tahun ni tak pergi. Hinggalah join hiking Kelab Kementerian hiking ke Gunung Nuang, then ke Bukit Kutu. Tak pergi-pergi Bukit Broga.


Sampailah sekarang berkawan dengan orang yang minat berhiking. Alhamdulillah berjaya juga naik ke Bukit Broga minggu lepas. (15 Oktober 2016).


Ni kira gambar perjalanan nak pergi.

Memang planning nak gerak awal and nak tengok matahari terbit. Tak kisah la macam mana kan. Set time dengan member nak naik pukul 6.00 pagi. Solat dekat masjid dekat Semenyih tu. Tapi ape nak cakap bila selalunya semua tu janji melayu. Memang bangun lewat dalam pukul 4.45 pagi kemudian ambil Kak Syai terus ke rumah Aimie. Tapi dah ntukar palnning. Solat rumah Aimie terus sebab dah azan subuh. Betul jugak kan. Sebab dah subuh. Kalau lengah-lengah mesti kelam-kabut. 


Time ni nak cakap cepat ke lambat pun tak boleh sebab jalan jem. Matahari dah naik.

Dalam jam 5.30 pagi baru gerak. Sebab sis dengar dari Putrajaya ke Semenyih 45 minit. Jadi bila sampai lupa nak beli air. Singgah ke Petronas berdekatan dengan Broga. Seriously, sis ingat kan Bukit Broga tu nama bukit. Tapi Broga adalah nama tempat.

Kau rasa ada tak banyak parking???




Apa yang buat sis terkejut. terlalu ramai orang nak daki Bukit Broga. Kalau perhatikan car park totally full. Macam ada konset besar-besaran. Sapa-sapa yang pernah naik mesti tahu. Siap cakap "Makk aii. Ramainya. Ada Jom Heboh ka". Siap diorang cakap ada KFC dekat atas tu.


Time nak cari parking kena charge 3 ringgit. Dalam hati cakap. Ala uncle cina ni takut pokok kelapa sawit dia mati la tu. Sebenarnya dah tua dah pokok tu. Dapat parking dalam pukul 6.50. Kau rasa apa?? Matahari terbit dah terang menerang. Haha.


Dalam 6.55 pagi baru starting pendakian kami. Ramai sangat tak tercakap. sampai kena beratur nak naik atas. jangka masa 45 minit nak sampai puncak abis-abis 1 jam baru sampai puncak. Kau rasa apa???




Kalau korang nak tahu. Memang ada kejadia time pendakian kami. Bila pendaki yang turun berlari-lari sehinggalah tak dapat nak kawal larian jatuh bawah bukit. Tapi selamat. Tapi sis hangin la boleh pulak kawan-kawan dia gelak. Kau ingat lawak. Serendah rendah bukit tu kalau ada pokok yang tajam ke dekat kawan kau tu. Kau nak baca yassin dekat situ. Sumpah sis tak nak join naik Bukit Broga.


Kemudian kami daki macam biasa sampailah ke tanah yang landai. Memang matahari dah naik. Sis siap cakap "Tak sabar-sabar nak tunggu matahari terbenam". Kawan-kawan gelak la. Kau larat ke nak tunggu sampai senja. Memang tak la. Baru sis perasan ada ramai pendaki siap bawak anak-anak kecil lagi. Bukan tu je ada yang bawak baby kendong dekat belakang. Haha. Nak cakap ape. Memang Semangat kekeluargaan. Yang paling lawak ada pelancong tu datang pakai jubah. Yang ni sis solute gila. sebab dia kena panjat batu yang perlu kau kangkang nak naik ke atas. 




Akihrnya sampai juga sis ke puncak yang pertama dan puncak yang kedua.  Ketinggian puncak 400 meter. Siapa yang baru nak mula berjinak berhiking boleh cuba naik ni. Alah sis sendiri duduk dekat Bukit Laru, Taiping pun tak pernah sampai ke puncak. Haha.



Ni sempat lagi buat soaring Upwards




Kemudia kami gerak turun dari Puncak Bukit Broga. Dalam jam 9.48 pagi kami sampai ke kaki bukit. Ape yang sis nak bagi tahu. Bawah kaki bukit ada la beberapa kedai jual air. Memang laris la sapa-sapa yang niga situ. haha. Boleh la try minum air kelapa. Sedap. Sebab tengah dahaga.


Kemudian kami singgah makan tengah hari di kedai Warung Kita. Okey, lokasi terletak di Kajang. Memang santai. Ape yang sedap. Air kelapa baldi. Memang minum dalam baldi. Besar jugak. Sis pun tak dapat abiskan.


Apa yang perlu diingatkan. Sis sendiri seronok sebab hajat dari dulu nak naik Broga tercapai. Tapi kalau korang ajak. Memang tak nak pi. Haha. Sebab ramai sangat. I tak suka ramai-ramai. Haha.


Okey. Jumpa next entry.
Assalammualaikum.

8 comments:

  1. Dapat juga merasa mendaki Bukit Broga.. :)

    ReplyDelete
  2. Teringin nak naikkk bukit broga huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak naik sekali je nanti. lepas tu hiking tempat lain pulak ye.

      Delete
  3. Hari bekerja mungkin tak sesak mcm tu kot, hehehe, mai tak pernah pergi lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya la. sebab sy pergi pun cuti sekolah..

      Delete