Tuesday, October 18, 2016

Resepi Mudah Kuih Keria

Assalamualaikum :)


Hari ni sis nak shared macam mana nak buat kuih keria bagi sapa-sapa yang first time nak buat.
Tak susah pun.

Senarai bahan yang perlu disediakan :

Jumlah Hidangan : 24 biji

Bahan - Bahan:

600g Keledek putih, merah atau ungu
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Serebuk Penaik -  Nak bubuh pun boleh. Hanya secubit

Bahan untuk sira:

1/2 cawan gula
1 cawan gula



Firstly, basuh terlebih dahulu ubi keledek dan rebus rehingga ubi menjadi lembut. Sis sarankan tak perlu kupas pun tak apa. Sebab nanti nak buang kulit senang sangat.

Masukkan sedikit garam ketika merebus ubi keledek.


Sis saja guna ubi keledek warna purple. Selalunya orang guna warna oren kan. Kali ni kia try lain daripada yang lain. Takpe sama je. akhir-akhir jadi cok keria.





Lenyekkan sehingga hancur.



Yang ni tak wajib bubuh. Kalau gatai macam sis boleh cuba. Kot-kot kembang besar pinggan. (Mohon jangan percaya)



Masukkan tepung gandung. Gaulkan sekali. Jangan terlalu banyak. Nanti kuih menjadi keras. Gaulkan sehingga ubi tidak terlalu melekat di tangan.


Yang ni setelah selesai diuli. Selepas itu bentukkan menjadi bulat. ikut sebesar mana kuih yang kita nak buat.


Comelkan. Yang ni kecil je sis buat sebab sis buat semata-mata nak merasa jadi ke tidak warna purple.


Kemudian goreng seperti biasa.Jangan buka api terlalu kuat. Risau hitam kuih korang.




Selepas digoreng. Haa. jangan terkejut warna hitam. Kan sis guna ubi purple

Salutkan dengan gula


Kemudian sediakan satu kuali. Masukkan gula di dalam kuali dan sedikit. Korang kena pastikan gula mesti melebihi daripada air. Kalau kurang gula akan bertukar menjadi gula hangus. 
........................
Pastikan anda masukkan adunan yang siap kedalam kuali dan pastikan sentiasa gaulkan sekali. jagan biarkan tidak bergaul. Jika tidak digaul. gula berkemungkinan akan cair menjadi gula hangus.


Okey dah siap untuk dihidang. Emm. Sis pun tak sabar-sabar nak makan.


Selamat mencuba. Kalau tak faham boleh DM sis. 
:)


Assalamualaikum..






1 comment: