Friday, June 17, 2016

Duit Raya Kepada Sedekah

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah hari ini sudah 12 ramadhan. In shaa Allah dah masuk pertengahan ramadhan. Waktu ni ramai yang sudah persiapkan barangan raya terutama mak-mak dekat rumah. Kalau dalam keluarga aku dah mula buat kuih raya sendiri. Kalau beli dekat luar tak sama dengan buat sendiri. 

Cuma mahu kongsi sedikit ilmu yang baru-baru ni aku ikuti usrah bersama beberapa orang ustaz. Beliau menceritakan mengenai konsep duit raya yang akan diberi kepada tetamu ketika datang ke rumah. 

Zaman kanak-kanak lagi waktu tu aku seronok pergi ke setiap rumah jiran hilnggalah lewat petang semata-mata mengumpul duit raya. Tapi tu menjadi tradisi ketika zaman dahulu. Tapi zaman dah berubah bila aku sendiri dah dewasa mestila tak dapat duit raya tapi harus memberi kepada yang muda-muda.

Disebabkan yang muda-muda sekarang tak suka berkunjung ke rumah saudara sendiri. Entah la apa yang disegan duduk di rumah je. Beza sangat dengan dulu. Kalau boleh nak halau keluar rumah mintak beraya rumah kawan-kawan diorang. Bagi aku tu konsep berkunjung yang boleh eratkan hubungan kawan-kawan. Yela kalau dah kawen nanti memang susahlah nak datang rumah kawan-kawan kecuali ada kenduri or meninggal (Haha aku main je)

Back to topic, Ustaz menyarankan menukarkan konsep memberi duit raya kepada bersedekah. that mind korang perlulah berniat memberi kepada penerima sebagai sedekah. Apabila seseorang berniat macam tu In shaa Allah niat yang baik kita akan dapat pahala. 

Jika difikirkan betul apa yang diberitahu. Jadi kita bukan senang nak sedekah. Kadang-kadang aku sendiri kalau nak bersedekah mesti rasa nak letak duit tu malu. Takut orang cakap diri menunjuk-nunjuk. Satu lagi kalau was-was ketika memberi selalu ada pada aku. Jadi aku kalau nak sedekah selalunya aku beri time orang tak dak dekat situ aku cepat-cepat letak. lepas tu tinggalkan tempat tu.

Jadi aku rasa perlu jugak ubah sikap tu jadi lebih baik. Kepada adik-adik janganlah datang beraya semata-mata nak duit makan pun tak. Kau buat datang rumah aku macam tu memang kau tak keluar la. Aku paksa kau makan sampai habis satu balang tu. kau nak!! (Gurau ja)


Aku selau pegang konsep ni kalau jadi sewaktu orang nak minta sedekah. Dan aku harap tak ada la orang buat kerja tak baik semata-mata nak keuntungan diri sendiri.

Selamat beramal semua.

2 comments:

  1. Ierah Sulaiman bagi FREE Product FLORA MASK For GIVEAWAY 2016!!! Dah ada pemenang ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Maaf tak sempat nak umum. bussy sampai tak sempat nak tengok blog. Saya akan umum dalam masa terdeka. :)

      Delete